Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas Terkini (6/6/2023)
Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas telah diumumkan semula oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM telah mengeluarkan surat makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM.600-17/1/-18 Jld.6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 lalu bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.
Namun, setelah meneliti perkara tersebut KPM kini membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
Sehubungan dengan itu surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas dan Garis Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.
Garis panduan ini hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi dapat dielakkan.
Surat siaran ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan iaitu pada 6 Jun 2023. Dengan berkuat kuasa surat siaran ini maka surat maklum KPM berkaitan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM.600-17/1/-18 Jld.6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 adalah terbatal.
Isi Kandungan
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas
- Garis panduan dan info penuh terkini tentang pelaksanaan aktiviti luar institusi pendidikan bawah kementerian pendidikan Malaysia semasa musim panas boleh dapatkan pada pautan berikut:
>>>Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas Terkini<<<
Maklumat Lanjut
Untuk makluman, Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas ini hanya tertakluk kepada perkembangan dan info semasa terkini daripada pihak KPM.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh terus ke Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan semoga maklumat tentang Pelaksanaan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.