Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pelan Pembangunan Profesional PBPPP

Pelan Pembangunan Profesional PBPPP yang merupakan bahagian kedua di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 2 : Pelan Pembangunan Profesional PBPPP seperti di bawah.

Isi Kandungan

Dapatkan “Pelan Pembangunan Profesional PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’.Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Bahagian 2 : Pelan Pembangunan Profesional PBPPP

Bab 2 pelan pembangunan profesional PBPPP meliputi 3 item iaitu matlamat pengajaran dan kepimpinan, cadangan aktiviti penambahbaikan dan penyertaan dalam aktiviti ppb.

1- Matlamat Pengajaran dan Kepimpinan

Item pertama adalah matlamat pengajaran dan kepimpinan. Di dalam item pertama ini guru-guru boleh menceritakan satu persatu secara ringkas ataupun menggunakan nombor.

Ceritalah apa matlamat pengajaran guru yang hendak dicapai pada tahun semasa dan tahun mendatang. Selitkan tov dan pencapaian guru pada tahun semasa dan juga markah keseluruhan murid di akhir tahun pengajaran.

Bagi item kepimpinan pula, guru nyatakan aspek kepimpinan yang hendak di capai sama ada melalui panitia atau beberapa tugasan di mana guru adalah ketua.

2- Cadangan Aktiviti Penambahbaikan

Item kedua adalah cadangan aktiviti penambahbaikan. Guru boleh nyatakan cadangan pelbagai aspek penambahbaikan sama ada melalui pernyataan masalah yang dinyatakan sendiri beserta dengan penyelesaian, penggunaan bahan dan guru boleh nyatakan kursus yang ingin diikuti guru bagi meningkatkan kompetensi guru dan kenapa guru memilih kursus tersebut.

3- Penyertaan dalam Aktiviti PBB

Item terakhir adalah mengenai penyertaan dalam aktiviti ppb. Dalam aktiviti ini guru tulis apakah ladap dan kursus yang diberikan oleh guru, dan juga yang disertai oleh guru. Bengkel semakan kertas, pembinaan item soalan itu semua juga boleh diselitkan di dalam sini. Juga guru ada menghasilkan inovasi juga boleh diselitkan di sini.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Pelan Pembangunan Profesional PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More