Pelancaran Biasiswa UC TATI DIHATIKU

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengeluarkan kenyataan pada laman Facebooknya iaitu,
“Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah merasmikan Majlis Pelancaran Biasiswa UC TATI DIHATIKU yang berjumlah RM6.4 juta. Selain menawarkan biasiswa, elaun sara hidup sepanjang pengajian dan pengurangan yuran pengajian juga disediakan kepada mereka yang layak.”

“Kerajaan Negeri bersama UC TATI menyediakan pelbagai insentif ini sebagai peluang kepada anak-anak semua kerana andalah generasi yang akan meneruskan kepimpinan dan pembinaan Negeri Terengganu yang kita cintai ini. Peluang banyak, tetapi sekiranya tidak direbut dan diambil, ianya merupakan suatu kerugian yang sangat besar bukan sahaja hanya kepada anak-anak tetapi kepada negeri.”
“Oleh itu, saya menyeru kepada anak-anak yang berada di luar sana, rebutlah peluang yang ada di hadapan ini kerana pendidikan merupakan suatu aset yang sangat penting untuk masa depan yang cerah.”
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan TATI bulan April 2021/2022
Permohonan kemasukan April 2021 kini dibuka, layari:
.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi perunding TATI:
Pn. Nur Aziera
En. Ahmad Yamin
Pn. Siti Amirah
Artikel lain: 12 kes VIP disiasat