Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang bermula 21 April 2025 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM berperanan penting dalam menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Justeru, suatu usaha daripada peringkat akar umbi hendaklah dilaksanakan secara holistik bagi memastikan semangat ini terus kekal dan subur.

Oleh itu, KPM mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.

Isi Kandungan [show]

Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) telah dikeluarkan dan ia bertujuan untuk memaklumkan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di lnstitusi Pendidikan bawah KPM yang akan mula berkuat kuasa pada 21 April 2025.

Tujuan utama Pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini adalah untuk:

  • Menanam semangat patriotisme dalam jiwa murid.
  • Mengeratkan perpaduan nasional dan membentuk identiti Kebangsaan yang utuh.
  • Membangkitkan rasa bangga dan hormat terhadap negara dan simbol Kebangsaannya.

Inisiatif ini juga merupakan langkah holistik KPM untuk memastikan semangat cintakan negara terus subur dari peringkat akar umbi.

Pemakaian lencana ini diwajibkan ke atas:

  • Murid sekolah Kerajaan.
  • Murid sekolah bantuan Kerajaan.
  • Pelajar Kolej Matrikulasi.
  • Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Institusi pendidikan lain yang tidak berada di bawah KPM juga digalakkan untuk turut serta mengikuti garis panduan ini demi menyemarakkan semangat patriotisme.

Garis panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Februari 2025 dan mula berkuat kuasa serta-merta mulai 21 April 2025.

Ketua jabatan dan pentadbir di setiap peringkat seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Institusi Pendidikan di bawah KPM bertanggungjawab memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

KPM akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak DUA (2) unit secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April 2025 1
Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April 2025 2

Tatacara Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Tatacara Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid merupakan perkara penting yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

Perkara ini bertujuan untuk memastikan Lencana Jalur Gemilang dipakai dengan penuh rasa hormat dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Lencana Jalur Gemilang hendaklah dipakai pada bahagian kanan dada selari dengan kedudukan tanda nama murid. Lencana ini harus dipakai secara seragam oleh semua murid bagi menunjukkan kesamarataan dan kebersamaan serta kebanggaan terhadap negara.

Lencana Jalur Gemilang dipakai pada pakaian seragam murid seperti yang berikut:

  1. Baju Prasekolah
  2. Baju Kemeja
  3. Baju Kurung
  4. Pinafore Tunic
  5. Tudung
  6. Baju Melayu
  7. Pakaian Sukan
  8. Pakaian Batik
  9. Pakaian Seragam Unit Beruniform
  10. Pakaian Seragam Khas
  11. Baju Korporat Kolej Vokasional

Lencana Jalur Gemilang harus dipakai dengan kemas, bersih dan tidak rosak.

Lencana Jalur Gemilang yang telah pudar atau rosak perlu diganti dengan lencana yang baharu. Hal ini bagi memastikan Lencana Jalur Gemilang dipertahankan dalam keadaan baik.

Peraturan Khusus

Pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat terhadap negara dan Jalur Gemilang.

Oleh itu, Lencana Jalur Gemilang tidak boleh dipakai sewenang-wenangnya atau diletakkan pada pakaian yang tidak sesuai.

Murid juga tidak dibenarkan untuk membuat perubahan pada lencana, seperti mengubah kedudukan, saiz, bentuk atau warnanya.

Etika Pemakaian Lencana Jalur Gemilang yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Kemas Dan SopanPemakaian Lencana Jalur Gemilang mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dipakai dalam keadaan kotor, rosak atau tidak terurus.
Tidak Dilekatkan Pada Pakaian LainLencana Jalur Gemilang tidak boleh digabungkan dengan aksesori lain atau dihias dengan cara yang boleh menjejaskan maruah simbol Kebangsaan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang ini, anda boleh rujuk SPI KPM Bil. 3 Tahun 2025: Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid Di Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More