Pembayaran Balik PTPTN Ditangguhkan Selama 3 Bulan
Pembayaran Balik PTPTN Ditangguhkan memandangkan kepada keadaan beberapa buah kawasan negeri yang dilanda banjir. Anda terkesan banjir? Baca maklumat ini dengan lebih lanjut.
Isi Kandungan
PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) adalah satu fungsi perbadanan yang menguruskan pembiayaan kewangan dalam jumlah tertentu dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi.
Ini adalah tertakluk kepada universiti atau institusi awam dan juga swasta.
PTPTN ini menjadi pinjaman utama yang dibuat oleh para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Apabila selepas tamat tempoh pengajian, peminjam akan memasuki alam pekerjaan dan perlu membuat pembayaran balik mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan beberapa syarat penting.
Pembayaran Balik PTPTN Ditangguhkan
Akan tetapi, melihatkan kepada keadaan beberapa buah negeri di Malaysia dilanda bencana alam banjir, maka pihak PTPTN memberi peluang kepada peminjam untuk mengemukakan permohonan penangguhan pembayaran balik PTPTN.
Diharapkan agar perkara ini mampu memberi keringanan bebanan kepada mereka yang terjejas.
Baca selanjutnya untuk mengetahui cara membuat permohonan penangguhan ini.
Cara Membuat Permohonan
Bagaimana caranya untuk membuat permohonan penangguhan pembayaran balik PTPTN ini?
Caranya amatlah mudah. Permohonan boleh dibuat di laman web rasmi PTPTN sahaja. Tekan link di bawah yang disediakan.
Langkah mengemukakan permohonan:
- Tekan link pautan yang disediakan.
- Anda akan dibawa ke laman seperti ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Isikan nombor pinjaman anda. Sekiranya anda tidak ingat, log masuk semula ke dalam akaun PTPTN anda untuk merujuk nombor ini.
- Tekan Log Masuk.
- Ikuti arahan yang diminta dan kemas kini segala maklumat yang diperlukan.
Anda juga boleh membuat permohonan secara langsung di pejabat PTPTN yang berdekatan.
Semakan Kelulusan
Anda boleh membuat semakan selepas 3 hari dari tarikh permohonan dibuat. Jikalau tidak berjaya atau ada sebarang masalah, sila hubungi pihak PTPTN dengan kadar segera.
Moga-moga urusan anda dipermudahkan.
Tempoh Penangguhan
Sekiranya anda diluluskan dalam membuat permohonan pembayaran balik PTPTN ditangguhkan ini, anda akan diberi tempoh selama 3 bulan sahaja.
Kiraan tempoh 3 bulan ini akan bermula daripada tarikh kelulusan anda dikeluarkan.
Kelulusan permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja bermula dari tarikh anda mengemukakan permohonan.
Contohnya:
- TARIKH PERMOHONAN: 1 Januari 2022.
- TARIKH DILULUSKAN: 5 Januari 2022
- TARIK BERAKHIR PENANGGUHAN BAYARAN BALIK: 5 April 2022
Selepas daripada tarikh itu, anda perlu membuat pembayaran balik mengikut ketetapan dan kadar yang telah ditetapkan.
*Ini adalah contoh kiraan tempoh sahaja. Untuk maklumat yang lebih lanjut dan tepat, sila hubungi pihak PTPTN sendiri untuk mengira tempoh anda.
Tempoh Permohonan
Berapakah tempoh permohonan ini dibuka kepada peminjam PTPTN yang terjejas banjir ini?
PERMOHONAN DIBUKA: 28 Disember 2021
PERMOHONAN DITUTUP: 31 Mac 2022
Diharapkan agar anda mampu membuat permohonan dengan segera bagi mengelakkan sebarang permasalahan kelak.
Kenyataan Media Rasmi Pihak PTPTN
Di bawah ini saya sertakan pengunguman rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan pembayaran balik PTPTN ditangguhkan.
Hal ini adalah tidak lain tidak bukan kerana kejadian bencana alam iaitu banjir. Diharapkan makluman ini memberi kelegaan kepada mangsa banjir untuk membaiki kerosakan yang ada.
*NOTIS:
Selain daripada pembayaran balik PTPTN ditangguhkan khusus untuk peminjam yang terlibat bencana banjir ini, peminjam PTPTN yang lain juga boleh membaca artikel berkaitan Pengecualian Pembayaran Balik PTPTN di sini.
Moga-moga bermanfaat buat anda semua.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda masih mepunyai keraguan berkaitan perkara ini, anda jangan risau.
Gunakan medium yang disediakan di bawah untuk menghubungi pihak PTPTN, iaitu:
MEDIUM |
LINK PAUTAN/NOMBOR |
Telefon/Nombor Faks |
03-2193 3000 |
E-Aduan PTPTN |
|
Mesej Langsung |
|
Akaun Facebook |
|
Eksekutif Pemasaran PTPTN |
Video Pembayaran Balik PTPTN Ditangguhkan
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda video berkaitan Pembayaran Balik PTPTN Ditangguhkan. Ini membuktikan lagi kesahihan akan perkara ini.
Moga-moga membantu anda untuk membuat permohonan dengan segera.
Buat Penangguhan Balik PTPTN Dengan Segera
Diharapkan agar perkongsian berkaitan pembayaran balik PTPTN ditangguhkan ini memberi sedikit nafas lega dan meringankan kusut di kepala peminjam PTPTN yang sudah bekerja.
Sesungguhnya, ianya akan menjadi bebanan kepada mereka sekiranya mereka perlu membayar balik juga pinjaman PTPTN dalam keadaan yang sebegini.
Mereka perlu membaiki terlebih dahulu segala kerosakan yang ada. Banyak barangan keperluan yang perlu diselenggara dan seumpamanya.
Moga-moga segala urusan mereka yang terlibat akan sentiasa dipermudahkan. Wallahualam.