Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pembentukan Kepimpinan Di IPT, UA, Politeknik & Kolej Komuniti

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai isu pembentukan kepimpinan yang sepatutnya diwujudkan di setiap institusi yang semakin hari semakin memudarkan.

Isi Kandungan

Kepimpinan Adalah Faktor Utama Kejayaan

Kepimpinan di universiti dianggap sebagai faktor utama kejayaan sesebuah institusi pendidikan tinggi.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) berkata, pemilihan kepimpinan yang tepat adalah penting untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar, seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Pemilihan kepimpinan untuk memimpin universiti ini merupakan salah satu penentu kepada kejayaan sesebuah institusi pendidikan tinggi. Maka di antara fokus utama KPT seperti dinyatakan sendiri oleh menteri untuk menjadikan IPT sebagai wahana human transformer dan juga culture builders untuk membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.”

– Datuk Idris Ahmad –

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada 14 November baru-baru ini.

Beliau turut menyoal sejauh manakah KPT mengukur keberkesanan peranan pemimpin IPT dalam melaksanakan agenda tersebut.

“Kita nak melihat kepimpinan IPT seperti mana zaman-zaman kecemerlangan dahulu di zaman Profesor Engku Diraja Aziz, Profesor Almarhum Aminuddin Wahid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang ni kita nampak macam tak berapa nak terserlah sikit. Oleh itu kita nak mengembalikan kegemilangan sepertimana kepimpinan universiti zaman satu ketika dahulu.”

– Datuk Idris Ahmad –

Menjawab soalan tersebut, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata, perkara tersebut menjadi perhatian pihak kementerian.

Usaha KPT Dalam Pembentukan Kepimpinan Di IPT, UA, Politeknik & Kolej Komuniti

Justeru, berikut adalah antara usaha KPT dalam pembentukan kepimpinan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Universiti Awam (UA), Politeknik & Kolej Komuniti.


Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
– Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT): Memperkenalkan modul-modul bagi membentuk daya kepimpinan.
– Lonjakan 2 (Kecemerlangan Bakat) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025: Menggariskan strategi untuk menarik, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik negara.
– Pembangunan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026 – 2035: Membangunkan pemimpin berprestasi tinggi yang mempunyai matlamat yang jelas (Purpose-driven High-performance Talent) di pelbagai peringkat sama ada dalam kalangan staf akademik atau pentadbir.
– Menerapkan nilai-nilai yang dipanggil sebagai DEI iaitu Diversity, Equity dan Inclusivity.
Peringkat Universiti Awam (UA)Usaha-usaha di peringkat UA dalam menghasilkan pemimpin di peringkat pentadbiran universiti yang berkualiti dan mempunyai wawasan yang jelas. Antaranya adalah:
– Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Transformasi Insan (PTI);
– Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melaksanakan leadership bench strength; dan
– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan Pembangunan Bakat dan mengatur Pelan Strategik.
Pihak KPT melalui UA juga turut menghantar pegawai-pegawai kanan universiti ke universiti luar negara sama ada melalui program-program sabatikal UA bagi memberi pendedahan-pendedahan terhadap transformasi kepimpinan dari semasa ke semasa.
Peringkat Politeknik & Kolej KomunitiMelaksanakan Program Pemerkasaan Kepimpinan Politeknik dan Kolej Komuniti atau lebih dikenali sebagai MyPolyCC LEP (MyPolyCC Leadership Enhancement Program).
Program ini memberi fokus kepada peningkatan kompetensi kepimpinan melalui beberapa pendekatan, antaranya kursus dan bengkel, mengetuai projek khas serta kemahiran yang diperolehi semasa bekerja (on-the-job training).
Pembentukan Kepimpinan Di IPT, UA, Politeknik & Kolej Komuniti 1
Pembentukan Kepimpinan Di IPT
Pembentukan Kepimpinan Di IPT, UA, Politeknik & Kolej Komuniti 2
Pembentukan Kepimpinan Di UA
Pembentukan Kepimpinan Di IPT, UA, Politeknik & Kolej Komuniti 3
Pembentukan Kepimpinan Di Politeknik & Kolej Komuniti

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More