Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PEMULIH 2021 – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi

PEMULIH 2021 Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun yang lalu adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang sedang bergelut dengan PKP 3.0 yang dianggap menjejaskan mata pencarian rakyat di negara kita. Kerajaan telah mengeluarkan hampir RM150 Bilion untuk Pakej PEMULIH ini.

Pada 15 Jun yang lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara atau PPN sebagai suatu panduan atau jalan untuk keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berperingkat. Pelan ini jika berhasil akan membolehkan kita semua membuat perancangan yang sejajar dengan langkah-langkah Kerajaan untuk membendung COVID-19 dan memulihkan kembali suasana dan juga ekonomi negara kita.

Isi Kandungan

PEMULIH 2021

PEMULIH 2021 – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi

Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Bantuan Tunai langsung ini merangkumi:

Bantuan Prihatin Rakyat

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes- kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah 4.9 bilion ringgit.

pemulih 2021

Bantuan Khas Covid 19

Untuk memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021, pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut akan diperkenalkan:

  1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan November;
  2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan
  3. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
  4. Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak 4.6 bilion ringgit.

pemulih 2021

Bantuan Kehilangan Pekerjaan

Bantuan Kehilangan Pendapatan. Pada bulan Oktober nanti, sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit.

Senarai-Senarai Lain Bantuan (Pemulih Pakej Perlindungan Rakyat)

Berikut antara bantuan-bantuan lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

  • Tambahan RM300,000 untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada semua ahli parlimen
  • Bayaran tambahan GKP 4.0 berjumlah RM500 masing-masing pada September dan November 2021 (pendaftaran dibuka pertengah Julai nanti)
  • Pemberian 1GB data harian Internet secara percuma sehingga 31 Disember
  • Elaun mencari pekerjaan RM300 yang boleh didaftar melalui MyFutureJobs
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada individu terkesan berdasarkan data KWSP dan PERKESO
  • Pengekalan harga runcit RON95, diesel, LPG
  • Subsidi pek polibeg 1kg dikekalkan pada RM2.50
  • Pengawalan harga minyak masak RM30/botol
  • Diskaun bil elektrik antara 5-40% had maksimum 900KWJ sebulan
  • Program Subsidi Upah PSU 4.0 untuk memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja (tiada syarat had gaji ditetapkan.

pemulih 2021

Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri

>>Teks Perutusan YAB PM PEMULIH-Final<<

Adakah Bantuan PEMULIH 2021 Ini Berkesan?

Jika dipandang dari sudut nilai bantuan, ianya sangat besar dan sememangnya bajet ini perlu sampai sepenuhnya pada rakyat jelata. Namun hakikatnya, kesempitan yang dialami oleh setiap golongan tidak sama. Mungkin ada yang memerlukan bantuan PEMULIH 2021 ini 2 atau 3 kali ganda kerana masalah kewangan yang dihadapi. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga bantuan ini benar-benar sampai pada mereka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More