Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penafian Skala Gred SPM 2020 Yang Tular Di Media Sosial

Hari ini sebuah status menjadi tular di media sosial apabila sebuah gambar rajah jadual yang didakwa merujuk ‘skala gred SPM’ tahun ini dikongsikan oleh pemilik Facebook Mamamia Mia.

Susulan dakwaan tersebut, ramai yang menganggap pemarkahan murid yang menduduki SPM tahun ini direndahkan, dan seterusnya dianggap menjadi punca peningkatan prestasi murid-murid SPM tahun ini. Ia juga diiringi dengan kapsyen, “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A”.

Penafian Skala Gred SPM 2020 Yang Tular Di Media Sosial

Dalam sebuah kenyataan rasmi sebentar tadi, KPM telah menegaskan bahawa ‘Skala gred SPM’ yang tular tersebut bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

Sebuah laporan telah dibuat kepada pihak polis dan SKMM kerana mengelirukan orang ramai, serta mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai Badan Pentaksiran Negara dan menggugat ketenteraman awam.

Baca Juga: Senarai Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0

Penafian Mengenai SKALA GRED SPM 2020

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah:

Penafian Skala Gred SPM 2020 Yang Tular Di Media Sosial

 

Sumber KPM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More