Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pencarian murid pintar dan berbakat (Ujian Saringan UKM1) bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Ujian Saringan Pertama (UKM1) Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat

Program pencarian murid pintar dan berbakat ini dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada setiap tahun.

Pencarian ini disasarkan kepada murid yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 15 tahun di seluruh negara.

Saringan mengenali murid pintar dan berbakat ini meliputi

  • Ujian Saringan UKM1.
  • Ujian Saringan UKM2.
  • Ujian Saringan UKM3.

Tujuannya adalah untuk mengenal pasti seramai mungkin pelajar-pelajar yang pintar intelek semulajadi di seluruh Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini.

Bagi kemasukan ke program pencarian murid pintar dan berbakat ini, murid-murid perlu melepasi Ujian Saringan UKM1, Ujian Saringan UKM2 dan Ujian Saringan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat.

Justeru, sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat (Ujian Saringan UKM1) akan dibuka dan boleh diakses secara dalam talian (online) bermula 1 Februari 2024 hingga 15 Jun 2024.

Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil Ujian Saringan UKM1.

  • Murid Beragama Islam: 8 Tahun / Tahun 2.
  • Murid Pelbagai Agama / Bangsa: 9 – 15 Tahun / Tahun 3 – Tingkatan 3.

Murid-murid yang berkelayakan dipelawa untuk menduduki Ujian Saringan UKM1 ini melalui pautan seperti berikut:

>>>Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara, UKM<<<

Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat Bagi Tahun 2024 1
Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat

Tatacara Kemasukan Murid Ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM

Setiap murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian Saringan UKM1, Ujian Saringan UKM2, menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah, serta lulus Ujian Saringan UKM3.

Infografik di bawah menerangkan dengan lebih teliti berkaitan tatacara kemasukan murid ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.

Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat Bagi Tahun 2024 2
Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat

Bidang Pengkhususan

Ketiga-tiga sekolah yang menawarkan pendidikan menengah pintar dan berbakat ini menawarkan pengkhususan seperti berikut:

Kolej Permata@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM)– Pengkhususan bidang Sains Tulen
– Pengkhususan Sains Tulen dan Teknologi Digital
Kolej Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia (KPI USIM)– Pengkhususan Sains Tulen yang berteraskan Aqli dan Naqli (Murid juga perlu melalui satu lagi ujian saringan hafazan sebelum ditawarkan ke kolej ini)
Akademi Sains Pendang Kementerian Pendidikan Malaysia (ASP KPM)– Pengkhususan bidang Sains Tulen
Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat

Kelebihan & Keisitimewaan Jika Terpilih

Murid yang terpilih untuk mengikuti Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat di tiga (3) buah sekolah di atas akan

  • memperoleh pendidikan yang menyokong keperluan kebolehan kognitif mereka yang tinggi,
  • mendapat pengalaman pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusi kurikulum yang rigorous (selaras dengan keperluan kebolehan / kognitif murid),
  • mempunyai peluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti Olympiad, Genome to Space; DNA Barcoding Sequencing and Astrophysics, F1 in Schools, Robotic dan lain-lain.

Menerusi program murid pintar dan berbakat ini, potensi dan bakat murid juga dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap yang maksimum.

Murid juga mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan dengan bimbingan daripada pakar bidang / profesor di Universiti dan menebitkan hasil penyelidikan dalam jurnal atau prosiding bersama mentor.

Murid juga berpeluang mendapat pengalaman tindikan industri (industrial engagement / imersion) dan mempunyai peluang bersaing di peringkat dunia / antarabangsa melalui pertandingan, penyelidikan, program pertukaran murid pintar dan berbakat serta berberpeluang melanjutkan pengajian ke Universiti terbaik dunia dan Universiti Ivy League.

Semakan Status Kelayakan Murid

Semua calon dan ibu bapa yang telah melalui proses temu bual UKM3 2024 bagi kemasukan ke Program Kolej GENIUS@Pintar Negara, boleh melayari laman sesawang Sistem Semakan Permata Pintar Negara, UKM untuk membuat semakan status.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat ini boleh dirujuk pada infografik yang disediakan di atas atau boleh layari https://www.ukm.my/geniuspintar/faqs-kolej-geniuspintar-ukm/ atau https://www.ukm.my/geniuspintar/uppb/.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More