Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pencen SSPA yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 September 2024.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gaji, elaun dan mengenai pencen SSPA yang telah diperincikan.

Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 1

Persaraan Dan Faedah Persaraan

Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 yang telah dikeluarkan, tidak pula dinyatakan sebarang perubahan tentang urusan pencen dalam SSPA, maka ia masih tertakluk kepada Akta Pencen yang seperti sedia ada, iaitu pencen kekal.

Menurut Perenggan 133 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024, persaraan pegawai yang telah diberikan taraf berpencen dan pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tertakluk kepada Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Bagi pegawai di bawah Skim Pencen, faedah persaraan pegawai tersebut adalah tertakluk kepada Akta 227 manakala pegawai di bawah Skim KWSP, faedah persaraan pegawai tersebut adalah tertakluk kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452].

Soalan Lazim / FAQ Pencen SSPA

Berikut adalah infografik beberapa Soalan Lazim / FAQ mengenai pencen SSPA yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu:

Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 2
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 3
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 4
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 5
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 6
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 7
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 8
Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 9

Jadikan SSPA Pilihan Anda!

Pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen Pegawai Awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada Pegawai Awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.

Usah risau kerana Pegawai Awam berstatus tetap adalah pencen kekal!

Pencen SSPA: Faedah Persaraan, Pencen Kekal 10

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pencen SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More