Pendaftaran AstraZeneca dibuka semula palsu
PETALING JAYA – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAVMY) menafikan satu mesej tular yang mendakwa pendaftaran bagi tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka di seluruh negara.
JKJAVMY melalui satu ciapan di Twitter rasminya berkata, pautan yang disertakan dengan mesej itu juga hanyalah untuk pendaftaran vaksinasi, bukan untuk menempah vaksin AstraZeneca.
“Pendaftaran vaksin AstraZeneca belum dibuka. Pautan yang tersebar di WhatsApp adalah bukan untuk tempah AstraZeneca. Tempahan belum dibuka lagi.
“Bagaimanapun, untuk tempah AstraZeneca, anda perlu daftar untuk vaksinasi. Jadi, boleh daftar dahulu jika belum,” katanya.
Jawatankuasa itu turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.
Sumber Kosmo Online
Artikel lain: Garis Panduan Terkini Vaksin Bagi Ibu Hamil dan Menyusu, Vaksin Pfizer-BioNTech Sesuai untuk Ibu Mengandung