Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran iSaraan KWSP dan terima RM250

Isi Kandungan

Cara Pendaftaran iSaraan KWSP & Terima RM250 Caruman Tambahan

KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai iSaraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan. Selain itu, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

i – Saraan terbuka kepada kaum lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendirian dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri untuk membuat pendaftaran. i – Saraan juga bertujuan untuk menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Tujuan i – Saraan

Antara tujuan KWSP memperkenalkan i-Saraan ini adalah untuk:

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.

pendaftaran

Faedah i – Saraan

Antara faedah i-Saraan KWSP adalah:

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Golongan Layak Mendaftar i – Saraan

Antara golongan yang layak membuat pendaftaran terhadap i – Saraan adalah secara berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri *(Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan

Dibawah merupakan contoh golongan yang bekerja sendiri:

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Saluran Pembayaran

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan. Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

1. Perbankan Elektronik

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank

2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank

3. Ejen Bank Berdaftar

Ejen Bank (EB) BSN

4. Kaunter KWSP

Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Tiada had bayaran minimum, manakala had maksimum adalah RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:

Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000

ATAU

Borang Pertanyaan Online

Artikel lain: Permohonan Dermasiswa, PKP 16Mac

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More