Pendaftaran MyVac Sukarelawan Bukan Kesihatan
Khidmat anda diperlukan bagi membantu proses pemberian vaksin pada seluruh rakyat Malaysia. Pendaftaran MyVac Sukarelawan ini dibuka bagi 18 tahun keatas sahaja. Sertai SUKARELAWAN MYVAC untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin seluruh Negara.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan & Skop Tugas
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.
Antara skop tugasan yang dikenalpasti :
- Sukarelawan Kesihatan: Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19
- Sukarelawan Bukan Kesihatan: Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.
Anda boleh membuat pilihan ini sewaktu pendaftaran di laman web. Bagaimanapun, untuk sukarelawan bukan kesihatan, bidang tugasan spesifik akan ditentukan oleh penyelia masing-masing di PPV nanti.
Elaun & Sijil Sukarelawan MyVac
Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:
- RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
- RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.
Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.
Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.
Jangka Masa Bertugas
Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:
- Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;
- Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.
Setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam.
Pemilihan boleh dilakukan di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan.
Sukarelawan perlu bertugas sekurang kurangnya tujuh (7) hari berturut-turut.
Setiap sukarelawan boleh memilih kawasan bertugas, tetapi ia bergantung kepada kekosongan di lokasi tersebut.
Cara Pendaftaran Sukarelawan MyVac
Di bawah adalah proses menjadi sukarelawan MyVac:
- Mendaftar minat anda untuk di www.myvac.com.my
- Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).
- Seterusnya, anda perlu menghadiri satu latihan secara maya dan lulus. Hanya untuk sukarelawan kesihatan, satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).
- Lengkapkan profil anda dengan mengisikan butiran bank, butiran waris terdekat dan memuat naikan gambar profil anda.
- Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.
- Kemudian anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.
- Membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas. Kesesuaian dan kekosongan tarikh, masa dan lokasi akan diketahui serta-merta.
- Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri, anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda
- Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula (atau seperti dipersetujui oleh penyelia PPV).
Baca Juga: Cara Print Nota Sekolah dengan Smartphone ke Printer
Surat Sokongan
Surat sokongan pelepasan boleh dikeluarkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Anda boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat dengan anda setelah anda disahkan berjaya menjadi seorang sukarelawan MyVac.
Namun begitu, pelepasan daripada tempat kerja/belajar adalah dimuktamadkan oleh majikan/institusi pengajian masing-masing.
Soalan Lazim (FAQ)
- Adakah Sukarelawan MyVac akan mendapat vaksin lebih awal?
Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.
- Bilakah tarikh tutup untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac?
Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link www.myvac.com.my.
Bagaimanapun, kekosongan untuk menjadi sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan di PPV.
Sekiranya bilangan sukarelawan di setiap PPV adalah mencukupi, anda akan diletakkan di dalam senarai simpanan dan akan dimaklumkan kelak sekiranya ada kekosongan di PPV. - Siapakah yang boleh menjadi saksi untuk semua borang pengesahan?
-
Deklarasi Kesihatan – Disahkan oleh sukarelawan itu sendiri
-
Borang Penepian Liabiliti – Disaksikan oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas
-
Borang Akta Rahsia – Disaksikan oleh pegawai penjawat awam (Gred 41 dan ke atas) dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh mengunjungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan/ Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan anda)
-
- Adakah saya perlu menghadiri latihan?
Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya.
Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.
- Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan?
Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web.
Bersama kita memudahkan urusan pemberian vaksin pada seluruh rakyat Malaysia.
Daftar sekarang di www.myvac.com.my
Maklumat Lanjut
MySukarela Hotline
Waktu Operasi : 9am – 6pmEmail : [email protected]
Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042
Baca Juga: Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020