Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran program imunisasi COVID-19 masih rendah

Isi Kandungan

Pendaftaran Program Vaksinasi Masih Rendah Pada Tiga Negeri

Terengganu, Kelantan dan Sabah antara negeri yang merekodkan kadar pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan terendah. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata tiga negeri itu merekodkan pendaftaran antara 12 hingga 28 peratus.

“Setakat ini, hanya 8.4 juta daripada 24 juta orang yang disasarkan sudah berdaftar dan jumlah ini masih lagi jauh dan sebab itu kita menyeru rakyat untuk segera mendaftar,” katanya.

Menurut Ahmad Amzad, selain pendaftaran melalui MySejahtera, kerajaan turut menggerakkan sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bagi membantu urusan pendaftaran berkenaan.

Katanya, sukarelawan terbabit turut digerakkan di kawasan kampung, pasar dan tempat tumpuan awam bagi membantu orang ramai termasuk warga emas melakukan pendaftaran vaksin.

Seramai 8,500 belia sudah berdaftar sebagai sukarelawan MyVac untuk membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima.

Panduan Pendaftaran Program Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera

  1. Klik ‘Tutup’ untuk ke Menu Utama
  2. Klik ‘Vaksinasi COVID-19’ untuk pendaftaran baharu
  3. Klik pada maklumat anda (bulatan merah) untuk langkah seterusnya
  4. Pastikan butiran peribadi anda betul dan klik ‘Sahkan’. Jika terdapat kesilapan. klik ‘Edit’ untuk kemaskini.
  5. Klik ‘OK’ untuk langkah seterusnya
  6. Klik ‘Seterusnya’ untuk mengetahui adakah anda tergolong dalam Fasa 1
  7. Klik ‘Di Sini’ untuk penambahan makkumat bagi pendaftaran
  8. Jawab setiap soalan yang telah diberikan kemudian klik ‘Hantar’
  9. Klik ‘OK” Pendaftaran anda telah dikemaskini

program

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel lain: Kempen CCM “Jom Dive” Tawar Pakej Skuba

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More