Pendaftaran SarawakPay Sebagai Pengguna / Peniaga
Disini kami kongsikan cara pendaftaran SarawakPay. SarawakPay telah menjadi aplikasi e-wallet popular di kalangan rakyat Sarawak sejak beroperasi pada November 2017. Sarawak Pay dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan berfungsi sebagai dompet digital yang menawarkan teknologi untuk mengurus proses perniagaan dan pembayaran digital yang selamat, cepat dan mudah.
Isi Kandungan
Cara Pendaftaran SarawakPay
Jika anda belum menggunakan SarawakPay, anda boleh memuat turunnya;
Dibawah ini kami kongsikan bagaimana anda boleh membuat Pendaftaran SarawakPay:
- Muat turun aplikasi SarawakPay melalui aplikasi Google Play atau App Store.
- Pilih kewarganegaraan anda.
- Isikan butiran maklumat anda.
- Isikan butiran peribadi.
- Tangkap dan upload gambar MyKad anda.
- Rakam video selfie anda.
- Masukkan nombor TAC yang diterima.
- Daftarkan pin pembayaran 6 digit yang baru.
- PIN ini diperlukan untuk proses pembayaran Sarawak Pay nanti.
- Selesai. Pendaftaran berjaya!
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal
- Muat turun dan daftar di aplikasi SarawakPay sebagai pengguna.
- Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran.
- Muat Naik
- Gambar IC (Depan & Belakang)
- Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
- Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
- Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
- . Sila tunggu e-mel pengesahan dari pihak SarawakPay untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
- Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
- Templat QR kod SarawakPay boleh dimuat turun di SINI
- Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi SarawakPay
Cara Daftar SarawakPay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan
- Muat turun dan isi borang permohonan di sini
- Sertakan dokumen sokongan berikut
- Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
- Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
- Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
- Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
- Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
- Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMAN
- Muat turun Surat Persetujuan di sini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:
- 1-300-88-7722
- [email protected]
- https://sarawakpay.sarawak.gov.my/
Lain – lain:
- Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia
- Cara Permohonan Moratorium Maybank PKP 3.0
- Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik