Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas

Daftarkan diri anda, Ibu bapa atau ahli keluarga dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menikmati semasa usia hidup dan khairat kematian. 3 hari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 bersama YAWAS menyampaikan baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas kepada ahli SMUE yang tinggal di DUN Subang Jaya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April 2021.

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

DAFTAR

Isi Kandungan

Manfaat Skim Mesra Usia Emas

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:

Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas pemakluman

Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

  • Jumlah manfaat yang diterima adalah RM500
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.

Syarat Permohonan SMUE

Kategori: Warga Emas

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas;DAN
  3. Masih hidup; ATAU
  4. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  5. Lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU
  6. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;DAN
  7. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  8. *Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Kategori: OKU

  1. Warganegara Malaysia; DAN
  2. Masih hidup;ATAU
  3. Telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  4. Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor ATAU Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;ATAU
  5. **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  6. Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan Negeri Selangor sahaja);DAN
  7. *Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat. (Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja)

*Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan

Permohonan SMUE Masih Hidup

  1. Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
  2. Satu Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Pewaris
  4. Satu Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR
  5. Satu Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika pemohon adalah OKU)
  6. Surat Pengesahan Mastautin (Sekiranya pemohon bukan kelahiran Selangor)
  7. Surat Akuan Sumpah (jika pewaris bukan dikalangan **keluarga terdekat)
  8. Satu salinan dokumen Pendaftaran Pertubuhan / Rumah Kebajikan

Permohonan SMUE Selepas Kematian

  1. Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
  2. Satu Salinan Kad Pengenalan Simati ATAU Satu Salinan Cabutan Kad Pengenalan Simati
  3. Satu Salinan Sijil Kematian
  4. Satu Salinan Kad Pengenalan Pewaris
  5. Satu Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR
  6. Satu Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika simati adalah OKU)
  7. Surat Pengesahan Mastautin (Sekiranya simati bukan kelahiran Selangor)
  8. Surat Akuan Sumpah (jika pewaris bukan dikalangan **keluarga terdekat)
  9. Satu salinan dokumen Pendaftaran Pertubuhan / Rumah Kebajikan dan rekod yang menunjukkan pengurusan pengebumian Simati dibuat oleh Pertubuhan / Rumah Kebajikan

**Keluarga Terdekat merujuk kepada senarai ini sahaja.:
Ibu / Bapa / Datuk / Nenek / Anak / Suami / Isteri / Abang / Kakak / Adik
Selain daripada itu perlu ada surat akuan bersumpah melalui Pesuruhjaya Sumpah

Muat Turun Borang SMUE

Semakan SMUE

Bagi sesiapa yang ingin membuat semakan, anda  boleh tekan pada pautan dibawah:

http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.

E-mel : [email protected]

Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor

Artikel lain: Program CAT-ACCA MAIK

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More