Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2022 1 Jun 2021
Sekarang anda boleh membuat Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Aplikasi ini dibangunkan melalui projek rintis bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke prasekolah secara dalam talian.
Jika sebelum ini hanya ada e-Prasekolah untuk tujuan pendaftaran atas talian bagi Prasekolah KPM, kini pendaftaran online telah diperluaskan untuk pendaftaran TABIKA KEMAS.
Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh dimohon secara online.
Isi Kandungan
Kategori Pendidikan KEMAS
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : kanak-kanak 2 – 4 Tahun
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun
Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2022
Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu diikuti oleh para pemohon sekiranya ingin berdaftar dengan TABIKA KEMAS sesi 2022 ini:
- Permohonan boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
- Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS (https://enrol.kemas.gov.my/permohonan/public/) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my/).
- Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
- Salah seorang daripada Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
- Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan
TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS. - Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
- Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 3 – 5 tahun pada tahun permohonan.
Tarikh Pendaftaran TABIKA KEMAS
Pendaftaran secara talian di buka daripada 1 Jun 2021 sehingga 31 Oktober 2021.
Cara Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2022
Cara pendaftaran TABIKA KEMAS secara online melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:
Cara Mendaftar Sebagai Pengguna
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL
https://enrol.kemas.gov.my/ - Tekan butang Daftar
- Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
- Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
- Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
- Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
- Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
- Klik [BORANG PERMOHONAN]
- Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
- Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.
Maklumat yang diekstrak ialah:-- Nama;
- No Kad Pengenalan;
- Alamat E-mel; dan
- No Telefon.
- Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
- Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
- Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
- Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
- Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
- Sila cetak Borang Permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dilampirkan semasa menghantar permohonan ke sekolah TABIKA KEMAS yang telah dipilih.
- Borang Permohonan Online yang telah dicetak
- Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- 1 Salinan MYKID Kanak-kanak.
- 1 Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
- Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.
Senarai TABIKA KEMAS
Sepertimana dimaklumkan diatas tadi, hanya beberapa TABIKA sahaja yang boleh didaftar. Senarai TABIKA KEMAS yang terlibat dalam projek rintis MyGovernment adalah seperti berikut:
Selangor
1. TABIKA KEMAS 31 Rad
2. TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
3. TABIKA KEMAS Kg. Kerdas
4. TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
5. TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi
Pahang
1. TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
2. TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
3. TABIKA KEMAS Sungai Kucing
4. TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
5. TABIKA KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman
NOTA: Bagi TABIKA KEMAS yang tidak terdapat dalam senarai di atas, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022 melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tabika KEMAS yang berhampiran.
Muat Turun Borang Pendaftaran
*Klik pada lampiran ini untuk memuat turun borang PDF: Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS 2022
Maklumat Lanjut Tentang Pendaftaran TABIKA KEMAS Online
Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: [email protected]
Artikel lain: Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)