Cara Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 kini telah diperluaskan kepada semua Mahasiswa yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada Mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sahaja.
Kerajaan telah menawarkan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan bahawa Mahasiswa universiti merayu Kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.
Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban yang berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
Sementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada Mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Justeru, berikut dikongsikan maklumat lanjut dan siaran media rasmi terkini oleh Kementerian Kewangan mengenai Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Permohonan / Penembusan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18-20 tahun pada 2023; atau
- Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.
Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia
Cara Membuat Permohonan / Penembusan
Belia warganegara yang layak boleh membuat penebusan melalui 3 aplikasi berikut:
Jenis Aplikasi Penembusan |
Cara Penembusan |
Boost |
|
Touch n Go |
|
Setel |
|
Tarikh Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023
- Tarikh permohonan / penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 sebanyak RM200 secara one-off boleh ditebus mulai 26 Jun 2023 bermula pukul 8.00 pagi.
- Tempoh pendaftaran dan tuntutan e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos 2023.
- Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing.
- Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
- Cara Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 secara terperinci akan dimaklumkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet yang terbabit dalam masa terdekat.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Penembusan e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini, anda boleh layari Portal Rasmi e-Tunai Belia Rahmah dan sebarang info lanjut dari Kerajaan sama-sama kita nantikan serta kami akan memberikan anda info penting dari masa ke semasa.