Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah 2024
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu Mesir dan Jordan bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Mengenai Pengajian Ke Timur Tengah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia kini mempelawa pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan dalam Program Ijazah Sarjana Muda bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan Qiraat.
KPT hanya akan memproses permohonan pelajar melalui Sistem e-Timur Tengah dan menguruskan pendaftaran pelajar di Institusi Pengajian di Mesir dan Jordan.
Segala kos yuran pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan), dan kos kehidupan pelajar adalah ditanggung dan diuruskan sendiri oleh pelajar.
KPT tidak melantik atau menggunakan mana-mana orang perseorangan atau syarikat atau ejen bagi urusan permohonan dan penempatan serta logistik pelajar ke Mesir dan Jordan.
Kadar Bayaran
Kadar bayaran wang pemprosesan adalah seperti berikut:
Negara | Bidang Pengajian | *Wang Proses |
---|---|---|
Mesir | Perubatan | RM 285.00 |
Mesir | Pergigian | RM 285.00 |
Mesir | Farmasi | RM 285.00 |
Mesir | Pengajian Islam | RM 350.00 |
Jordan | Semua Bidang | RM 520.00 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Permohonan adalah terbuka kepada semua pelajar lepasan seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya memperoleh pangkat Jayyid; dan
- Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Maahad Qiraat Al-Azhar.
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi, dan Pengajian Islam dan setiap calon hanya dibenarkan untuk memilih satu negara sahaja.
Syarat-syarat kelayakan akademik yang lebih terperinci dan panduan permohonan mengikut negara adalah seperti berikut:
- Syarat & Panduan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir Tahun 2024.
- Syarat & Panduan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Jordan Tahun 2024.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah bagi tahun 2024 ini kini dibuka bermula 4 Jun 2024 sehingga 28 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem e-Timur Tengah pada pautan berikut:
>>>Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Tahun 2024<<<
Surat kelayakan melanjutkan pengajian ke Mesir atau Jordan hanya akan dikeluarkan kepada calon yang memenuhi syarat dan diperakui oleh pihak KPT berdasarkan kepada permohonan melalui Sistem e-Timur Tengah.
KPT tidak menyediakan penajaan bagi permohonan ke Timur Tengah. Segala kos berkaitan permohonan dan pengajian adalah ditanggung oleh pihak pemohon.
KPT akan menyediakan senarai penaja dan bidang tajaan di dalam Sistem e-Timur Tengah.
Semua pemohon diminta untuk mengambil perhatian berkaitan perkara-perkara penting tersebut:
- Bagi pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksan Malaysia TIDAK BOLEH LAMINATE. Hanya sijil asal STAM TANPA LAMINATE sahaja akan diterima oleh Universiti Al-Azhar.
- Terjemahan SPM / STAM dan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) di Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Wangsa Maju, Seksyen 10, 53300 Kuala Lumpur.
- Terjemahan SPM / STAM dan Sijil Lahir / Surat Beranak / Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya.
- Pengesahan semua dokumen sokongan boleh dibuat oleh mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.
- Pemohon WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2024/2025 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Tahun 2024 ini, sila
- hubungi Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6. Presint 5 62200 W.P. Putrajaya pada talian 03 – 8870 6226 / 6217 / 6608 / 6609 / 6635; atau
- e-mel kepada [email protected].
Selain itu, terdapat juga biasiswa lain seperti Biasiswa MBAM 2024, Biasiswa Bank Rakyat 2024 yang kini sedang dibuka.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!