Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam akan dibuka mulai 15 Mac 2023 ini.
Isi Kandungan
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam.
Justeru, ini adalah satu peluang dan tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Tarikh Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023
-
Tarikh permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 akan dibuka bermula 15 Mac hingga 14 April 2023.
- Permohonan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh permohonan dibuka.
Cara Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 15 Mac 2023 dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan di bawah
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link / url menerusi portal PISMP.
Prosedur Saringan Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023
Sila rujuk proses saringan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 dalam jadual yang telah disediakan di bawah:
e-UKCG |
|
Temuduga |
|
VKF |
|
Pemilihan |
|
Penawaran |
|
Perjanjian Pendidikan Guru |
|
Jangkaan Tarikh-tarikh Penting PISMP
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
Perkara Penting |
Jangkaan Tarikh |
Permohonan Fasa 1 |
|
Permohonan Fasa 2 |
|
Pelaksanaan e-UKCG |
|
Pelaksanaan e-UKCG Fasa 2 *Bagi calon yang memohon PISMP Fasa 2 dan yang belum menduduki e-UKCG Fasa 1. |
|
Kemaskini maklumat |
|
Keputusan e-UKCG, semakan calon layak temuduga serta penyediaan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) (Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP) |
|
Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF) |
|
Temuduga secara dalam talian dan Penilaian |
|
Keputusan tawaran Pengajian ke IPG |
|
Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus |
|
Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temuduga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online ini, sila rujuk maklumat berikut:
- MAKLUMAT PROGRAM
- MAKLUMAT PERMOHONAN
- MAKLUMAT PENTING
- BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
- KALENDAR AKTIVITI
- SOALAN LAZIM (FAQ)
Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023 ini boleh ajukan kepada:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760 atau Emel : | [email protected] |
Untuk dapatkan info-info terkini, anda boleh layari www.tcer.my kerana portal kami sentiasa memberikan info yang tepat dan sahih.