Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 – PISMP | PPC Tahun 2025

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 Bagi Latihan Praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara kini dibuka.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan Tahun 2025.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 ini terbuka kepada:

  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022, 2023 dan 2024,
  • Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 dan 2024,
  • Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 dan 2024, dan
  • Lepasan Program Matrikulasi KPM Sesi Pengajian 2023/2024 dan 2024/2025.

Lepasan SPM tahun 2024 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan.

Manakala, bagi permohonan PPC hanya dibuka kepada lepasan SPM tahun 2024.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 - PISMP | PPC Tahun 2025 1

Tarikh-Tarikh Penting Proses Pengambilan Bagi Tahun 2025

Tarikh-tarikh penting proses Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 ini adalah seperti berikut:

AktivitiTarikh
Paparan iklan di portal rasmi KPM.23 Februari 2025
Permohonan dalam talian dibuka.24 Februari 2025
Permohonan dalam talian ditutup.16 Mac 2025 (Jam 11.59 Malam)
Semakan Layak Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG).18 Mac 2025
Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG).24 – 28 Mac 2025
7 – 11 April 2025
Kemaskini Permohonan (SPM).5 – 7 Mei 2025
Semakan Layak Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).14 Mei 2025
Pelaksanaan Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).19 – 23 Mei 2025
26 – 30 Mei 2025
3 – 4 Jun 2025
Tawaran (1) – Lepasan SPM.19 Jun 2025
Tawaran (2) – Lepasan STPM, STAM & Matrikulasi.28 Julai 2025
Pendaftaran Kemasukan.11 Ogos 2025
Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025

**Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 kini dibuka bermula 24 Februari 2025 hingga 16 Mac 2025 dan boleh dibuat pada laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sila rujuk Maklumat Permohonan dan Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan bagi PISMP dan PCC Tahun 2025 yang lebih terperinci dahulu sebelum membuat permohonan.

Pemohon hanya boleh membuat dua (2) pilihan bidang sahaja.

Syarat minimum permohonan adalah berbeza mengikut program dan kategori laluan. Sila rujuk iklan dan Panduan Permohonan PISMP 2025 yang telah disediakan.

Pemohon tidak perlu mengisi keputusan peperiksaan SPM / STPM / STAM / Matrikulasi dalam permohonan. Walau bagaimanapun, calon perlu mengemas kini permohonan selepas keputusan sebenar peperiksaan diperolehi pada tarikh yang ditetapkan.

Manakala, bagi calon yang telah menerima keputusan sebenar peperiksaan seperti calon lepasan SPM tahun 2023 dan 2022, permohonan anda mestilah berpandukan keputusan SPM sebenar.

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 - PISMP | PPC Tahun 2025 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2025 ini, sila hubungi alamat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03 – 8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 / 6768 / 6693 (Isnin – Jumaat: Jam 8.00 AM – 5.00 PM)

Selain itu, terdapat juga penajaan atau biasiswa lain yang kini sedang dibuka seperti:

Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More