Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Tahun 2025/2026

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Bagi Mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam Intan Bagi Tahun 2025/2026 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Tahun 2025/2026

Maklumat Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M9
Taraf JawatanCalon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap
Jumlah Kekosongan165
Jumlah Simpanan40
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan Dan Profesional
Klasifikasi PerkhidmatanTadbir Dan Diplomatik
Kementerian / JabatanJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan30 Disember 2024
Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM2,580.00); atau
  4. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,130.00); atau
  5. Ijazah Kedoktoran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred M9: RM3,350.00); dan
  6. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  7. Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
  8. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  9. Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah Terbuka (Semua bidang pengajian yang diiktiraf MQA).
  10. Deskripsi tugas jawatan ini adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah / daerah / tempatan / tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan / ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Tahun 2025/2026 1

Cara Permohonan

Permohonan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 30 Disember 2024, jam 11.59 malam.

Hanya calon yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf dan disahkan oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Tahun 2025/2026 2
Mohon perhatian, iklan Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More