Permohonan & Semakan MySPP Pengambilan Khas Guru Gred DG41
Mohon MySPP Pengambilan Guru DG41
Permohonan dan Semakan MySPP Pengambilan Guru Khas Gred DG41 telah diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui satu kenyataan media bertarikh 6 Julai 2021.
Pada 20 Jun 2021 yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan mula mengambil seramai 18,702 orang pegawai pendidikan atau guru bergred DG41 secara ‘one-off’. Pengambilan ini adalah perlu, menurut beliau, bagi mengisi kekosongan, dan kekurangan guru di Malaysia. Perkara ini amat ketara bagi sesetengah negeri, dan beberapa mata pelajaran tertentu, menurut beliau lagi.
Isi Kandungan
Tawaran Pengambilan Khas Guru Gred DG41
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sejajar dengan pengumuman yang telah dibuat itu, telahpun mengeluarkan satu kenyataan media mengenai tawaran pengambilan khas ini.
Apa Jawatan Yang Ditawarkan?
Jawatan yang ditawarkan dalam pengambilan khas guru ini adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41.
Bila Tawaran mySPP Akan Dikeluarkan?
Tawaran akan bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).
Boleh Apply “MySPP Pengambilan Guru Gred DG41 ” di sini
Di sini admin nak kongsikan Link tersebut untuk kita semua apply. Dipersilakan share dan semoga berjaya.
- Laman sesawang SPP: https://www.spp.gov.my/hebahan.html
- Pemohon boleh mula membuat permohonan di : https://myspp.spp.gov.my/ bermula 7 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam).
Apa Kelayakan Untuk Memohon?
Pengambilan khas ini mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta mahupun luar negara.
Graduan Bukan Pendidikan Boleh Mohon?
Pengambilan khas ini akan diperluas kepada Graduan Bukan Iktisas Pendidikan sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh Graduan Pendidikan, melalui kaedah pelantikan pelbagai pada fasa berikutnya.
Bagaimana Hendak Memohon?
Calon-calon yang ingin memohon perlu bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini.
Justeru itu, diharapkan semua yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada para pendidik berjaya. Ingat, Pendidik jiwa bangsa, tanpa mereka siapalah kita.
Apa Tujuan Pengambilan Besar-Besaran Ini?
Tujuan Utama pengambilan besar-besaran ini adalah untuk menampung bilangan guru yang tidak mencukupi bagi beberapa subjekdi seluruh negara. Hal ini akan memberi peluang kepada semau graduan khususnya graduan dari bidang pendidikan untuk mendapat peluang berkhidmat dalam bidang pendidikan. Jom semua myguru kita mohon!