Pengambilan Khas Guru Secara One-Off Mulai 7 Julai
Kementerian Pendidikan mengumumkan Pengambilan Khas Guru iaitu akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.
Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.
“Dalam memastikan ia menjadi kenyataan, insya-Allah Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Sumber Utusan Malaysia
Baca Juga: Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun Bagi Tingkatan 1 – 5
Isi Kandungan
Mata Pelajaran
Antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi:
Sekolah Rendah
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sekolah Menengah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Reka Bentuk dan Teknologi
Tarikh Pengambilan Khas Guru
Iklan tawaran akan dibuka pada 7 Julai 2021 ini. Penempatan akan dilakukan secara berperingkat pada bulan Oktober.
Jawatan Disandang
Pengambilan khas guru secara one-off 18,702
Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41