Pengambilan Program Protege RTW TNB Tahun 2025 (Fasa 9)

Pengambilan Program Protege RTW TNB bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Apa Itu Program Protege RTW?
Program Protege Ready To Work (Protege RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Antara instrumen penting di bawah program Protege RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Maklumat Pengambilan Program Protege RTW TNB 2025
Maklumat Pengambilan Program Protege RTW TNB Tahun 2025 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Program Protege Ready To Work (Protege RTW) Fasa 9 |
Tempoh Pelaksanaan | 8 Bulan |
Lokasi Penempatan | TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), Latihan Penempatan dan Bimbingan Bersama TNB / Anak Syarikat TNB / Pemain Industri Bekalan Elektrik yang mengambil bahagian |
Faedah Penyertaan | 1. Elaun Saraan Sebanyak RM 2,000.00 / Sebulan 2. Kelayakan Cuti Tahunan 3. Potongan PERKESO & EiS 4. Bayaran Balik Rawatan Perubatan |
Komponen Latihan | 1. Soft-skills Training 2. On-the-Job Training (Penempatan di TNB / Anak Syarikat TNB / Pemain Industri Bekalan Elektrik yang turut serta) |
Tarikh Tutup Permohonan | 23 Februari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Pengambilan Program Protege RTW TNB 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Had umur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2024.
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
- Keutamaan diberikan dalam bidang yang selari dengan keperluan bisnes TNB / Anak Syarikat / pemain industri bekalan elektrik seperti berikut:
Bidang Teknikal (Minimum CGPA 2.70) | Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Keselamatan Siber dan Lain-lain |
Bidang Bukan Teknikal (Minimum CGPA 3.00) | Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Data, Pentadbiran, Sumber Manusia, Statistik, Bisnes, Pemasaran, Undang-Undang dan Lain-lain |
- Graduan Ijazah dari dalam dan luar negara yang sedang menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh tarikh graduasi.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
- Keutamaan diberikan kepada graduan dari kumpulan B40.
- Lepasan SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Sasaran kemasukan pelatih ke program Protege Fasa 9 adalah April 2025 atau Mei 2025.
- Pelatih yang terpilih adalah diwajibkan untuk mengikuti Latihan Kemahiran Insaniah selama 2 minggu di TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), Bangi, Selangor sebelum diberikan penempatan Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training).
- Sanggup mengikuti Latihan di Tempat Kerja (On-The Job Training) di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB / Anak Syarikat TNB / pemain industri bekalan elektrik.
- Tidak pernah menyertai sebarang program Protege bersama TNB / Anak Syarikat / Syarikat-Syarikat lain sebelum ini.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) pada Career Oppurtinities TNB sebelum atau selewatnya pada 23 Februari 2025 (Ahad).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025,
- Jawatan Kosong LGM 2025,
- Jawatan Kosong Kolej FELCRA 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuantan 2025,
- Jawatan Kosong Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat 2025,
- Jawatan Kosong UTHM 2025,
- Jawatan Kosong KTMB 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Pengambilan Program Protege RTW TNB yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.