Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan SPP 2025 (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9)

Pengambilan SPP 2025 kini dibuka dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 7 Februari 2025 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Isi Kandungan

Maklumat Pengambilan SPP 2025

Maklumat Pengambilan SPP 2025 yang kini dibuka untuk semua Graduan Pendidikan di luar sana adalah seperti berikut:

JawatanPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9
Taraf JawatanKontrak (Interim)
Lokasi PenempatanKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tarikh Tutup Permohonan7 Februari 2025 (Jumaat)
Pengambilan SPP 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat lantikan Pengambilan SPP 2025 ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan ini.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  5. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred  C)  dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  6. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1.
  7. Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
  8. Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu / Pendidikan Islam / Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM.
  9. Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut.
  10. Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai / Kadazandusun / Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai / Kadazandusun / Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.
  11. Graduan dalam kategori berikut tidak layak untuk Pengambilan SPP 2025, iaitu:
  • Graduan Bukan Pendidikan;
  • Graduan Pendidikan Tajaan KPM;
  • Guru Interim;
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam; dan
  • Seorang bankrap.

Cara Permohonan

Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 7 Februari 2025 (Jumaat).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan SPP 2025 (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9) 1
Mohon perhatian, iklan Pengambilan SPP 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Pengambilan SPP 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More