Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Membuat Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara untuk membuat pemindahan dan pengeluaran Akaun 3 KWSP yang terkini.

Isi Kandungan

Penstrukturan Semula Akaun KWSP Tahun 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 

Seperti yang telah diumumkan, akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun iaitu Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Cara Membuat Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP 1
Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Cara Membuat Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP 2
Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Cara Membuat Pemindahan Amaun Permulaan

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli yang masih belum mendaftar KWSP i-Akaun adalah digalakkan untuk melakukannya bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dapat dilaksanakan.

Cara Membuat Pemindahan Dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) Ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Langkah-langkah untuk membuat pemindahan dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) anda adalah seperti berikut:

Langkah 1Login KWSP i-Akaun anda. Anda akan melihat laman utama i-Akaun Anda.
Langkah 2Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
Langkah 3Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan. Sila baca dengan teliti setiap penerangan sebelum klik Teruskan.
Langkah 4Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik Pindah Sekarang.
**Peringatan Penting: Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah pada 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
Langkah 5Klik Teruskan.
Langkah 6Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
Langkah 7Baca Perakuan Ahli dan klik Terima untuk meneruskan proses pemindahan. Anda tidak boleh membatalkan pilihan pindahan amaun permulaan ini selepas permohonan dihantar.
Langkah 8Klik Ya sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
Langkah 9Pilihan pindahan anda telah berjaya. Status permohonan anda Sedang Diproses. Tunggu kelulusan 3 hingga 5 hari bekerja. Permohonan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP.
Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Untuk makluman, tempoh kelulusan akan mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja. Sila buat semakan i-Akaun anda dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

Langkah-langkah untuk membuat pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah seperti berikut:

Langkah 1Login KWSP i-Akaun anda. Anda akan melihat laman utama i-Akaun Anda.
Langkah 2Klik Pengeluaran.
Langkah 3Klik pada Keluarkan simpanan anda.
Langkah 4Pilih jenis pengeluaran anda. Klik Akaun Fleksibel. Jumlah yg boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas. “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”.
Langkah 5Klik Keluarkan Sekarang.
Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Syarat Permohonan Pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Sekali lagi diingatkan, syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.

Kaedah Permohonan Pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel), iaitu:

  • Secara dalam talian (online) melalui KWSP i-Akaun dan ahli digalakkan untuk memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Kunjungi pejabat KWSP berdekatan anda.

Apa Akan Jadi Jika Ahli TIDAK MEMILIH Untuk Membuat Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun 3 Dalam Tempoh 12 Mei 2024 Hingga 31 Ogos 2024?

Bagi ahli yang TIDAK MEMILIH untuk membuat pindahan amaun permulaan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024, baki sedia ada dalam akaun KWSP anda akan kekal.

Simpanan Akaun Fleksibel anda akan bermula dengan caruman baharu yang dikreditkan selepas tarikh pelaksanaan.

Sila lihat infografik di bawah untuk contoh pengiraannya.

Cara Membuat Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP 3
Pengeluaran Akaun 3 KWSP
Cara Membuat Pemindahan & Pengeluaran Akaun 3 KWSP 4
Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Pengeluaran Akaun 3 KWSP ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran-saluran rasmi KWSP seperti berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More