Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Emel / Pos

Isi Kandungan

Cara Membuat Pengeluaran i-Lestari KWSP

Seperti yang kita telah maklum, , pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dipohon bermula 1 April 2020 secara online/emel/pos.

Susulan daripada krisis wabak COVID-19, Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. Antaranya adalah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan serta kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengeluaran i-Lestari KWSP

Kemudahan ini membolehkan ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan permohonan

Susulan daripada krisis wabak COVID-19, Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. Antaranya adalah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan serta kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akaun 2 untuk rujukan mereka yang berminat dan berkelayakan.

Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran wang di akaun 2 KWSP seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media pada 23 Mac 2020 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion:

SYARAT PENGELUARAN i-Lestari KWSP (Akaun 2)

  1. Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur kurang daripada 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Berikut adalah kaedah Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:-

1. Secara Online

  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020

2. Melalui Emel

  • Secara e-mel kepada [email protected] (Borang akan dimuat naik); Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

3. Secara Pos

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
      Karung Berkunci No 220,
    • Jalan Sultan
    • 46720 Petaling Jaya
    • Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat
  • Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

Nota: Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli

SOALAN LAZIM i-LESTARI KWSP (FAQ)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP buat rujukan ahli/ pencarum KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

  • Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2. Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari KWSP?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah:-

  • i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:
    • Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
    • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  • ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  • iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

  • Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
  • Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

4. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

  • Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

5. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

  • Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.
  • Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi
  • ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu.

Untuk maklumat yang lengkap, sila muat turun FAQ di pautan Soalan Lazim Asas

Menarik untuk anda baca: Internet Percuma Dari 8am-6pm Mulai 1 April Untuk Pengguna Celcom, Maxis, Digi & U Mobile

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More