Pengenalan Lesen Khas Perniagaan Online
KPDNHEP Cadang Pengenalan Lesen Khas Perniagaan Atas-Talian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam perancangan dan bercadang untuk memperkenalkan lesen khas perniagaan atas-talian.
Langkah pengenalan lesen khas ini dijangka akan melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan jual-beli.
Sehingga tahun lalu, sebanyak 355,676 syarikat atas-talian telah berdaftar dengan SSM, dan kementerian kini akan melaksanakan perundangan perniagaan berkenaan.
Hal ini kerana ia berkenaan kelak akan memerlukan peniaga untuk mematuhi beberapa syarat, sementara untuk pengguna boleh membeli tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.
Pihak KPDNHEP menyasarkan untuk melaksanakan perkara ini selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Maklumat Lanjut
Anda boleh rujuk kepada sumber disini.
Artikel lain: Biasiswa MyBrainSc, Dana Didik Johor