Garis Panduan – Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021 Bagi Seluruh Malaysia
Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021 sudah pun dikeluarkan. Jikalau anda terlepas info berkaitan perkara ini, jangan risau. Untuk ketahui maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel ini.
Isi Kandungan
Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021
Pada tarikh 12 September bersamaan hari Ahad tempoh yang lalu, Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr. Radzi Jidin sudah pun membuat ucapan rasmi berkaitan panduan pengoperasian persekolahan tahun 2021, tatkala pandemik Covid-19 masih berleluasa di negara kita. Maka dengan itu, semua pihak diharapkan agar ambil maklum akan maklumat ini.
Pelan Pemulihan Negara Persekolahan
Dalam Pelan Pemulihan Negara bagi kategori Persekolahan, terdapat 4 fasa yang telah ditetapkan. Fasa-fasanya adalah seperti berikut:
FASA |
Fasa 1 |
TINDAKAN |
|
FASA |
Fasa 2 |
TINDAKAN |
|
FASA |
Fasa 3 |
TINDAKAN |
|
FASA |
Fasa 4 |
TINDAKAN |
|
Tarikh Pembukaan Persekolahan
Berdasarkan kenyatan yang disampaikan dalam sidang yang lalu, sekolah akan beroperasi semula dengan ketetapan tertentu pada:
- Bermula 3 Oktober 2021 ini.
- Hari Ahad.
- Pembukaan adalah secara berfasa.
Fasa Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021
Setiap kategori persekolahan dan pendidikan akan ditetapkan berdasarkan 4 fasa pelan pemulihan pendidikan. Bagi pengoperasian sekolah adalah melibatkan seluruh peringkat pengajian dan pendidikan seperti:
- Pembukaan Sekolah Rendah
- Pembukaan Sekolah Menengah
- Pembukaan Pengajian Tinggi
- Kolej Vokasional
- Institut Pendidikan Guru
- Matrikulasi
- Institut Pengajian Awam
- Institut Pengajian Swasta
Maklumat Tambahan
- Susun Atur Kelas
Susun atur pelajar dalam kelas adalah secara penggiliran atau jarak. Jadi, pelajar tidak akan duduk berdekatan dan mengelakkan sentuhan.
- Pengurusan Prasarana
Penggunaan kipas dalam bilik darjah amatlah digalakkan. Buka dan sediakan ruang pengudaraan yang sebaiknya demi kesihatan para pelajar dan pengajar.
- Pemakaian Pelitup Muka
Meskipun anda sudah dibenarkan ke sekolah, tetapi anda masih perlu megikuti segala penetapan SOP yang diletakkan. Pastikan sentiasa memakai pelitup muka meskipun berada di dalam kelas kelak. Elakkan selalu membuka pelitup muka anda, dan jangan bertukar-tukar. Nasihatlah anak-anak anda dengan sebaik mungkin.
- Pakaian Seragam
Pakaian seragam adalah dibenarkan untuk memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian sekiranya seragam lama sudah tidak boleh diguna pakai. Untuk kepastian, anda boleh berbincang atau mendapatkan kebenaran daripada guru kelas atau pengurus pentadbiran sekolah anak-anak anda.
- Murid Yang Bergejala
Untuk mana-mana murid atau pelajar yang menunjukkan sebarang gejala atau simptom tertentu, anda dinasihatkan untuk kekal berada di rumah sahaja dan menjalani sesi persekolahan atas talian. Ibu bapa perlu cakna akan perkara ini demi kebaikan semua.
*NOTIS: Sekiranya anda risau akan kesihatan anak anda, anda juga boleh mendapatkan Alat Kesan Gejala Covid-19 Berkesan di sini. Ambil cakna dan buat pemantauan sentiasa.
Slide Garis Panduan Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021
Untuk melihat atau mengetahui maklumat penuh berkaitan panduan pendidikan bagi tahun 2021, anda boleh memuat turun dokumen di bawah ini.
Slide Makluman Rasmi Panduan Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021
Video Sidang Rasmi Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda berkaitan video ucapan rasmi berkaitan penerangan pengoperasian persekolah Tahun 2021. Sidang ini disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu Dr. Radzi Jidin. Moga-moga anda ambil cakna dengan makluman ini.
Ambil Tindakan dan Makluman
Diharapkan agar perkongsian artikel berkaitan Pengoperasian Persekolahan Tahun 2021 ini membantu anda untuk membuat persediaan dan tindakan selanjutnya. Makluman ini sangatlah penting buat kita semua. Bukan sahaja kepada ibu bapa, bahkan pelajar itu sendiri kerana mereka perlu membuat persedian mental dan fizikal. Jikalau kita ketinggalan, maka rugilah kita.
Buatlah tindakan segera. Sekiranya anda masih kabur akan kenyataan ini, hubungi pihak sekolah, institut pengajian tinggi dan seumpamanya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Malu bertanya, maka sesatlah jalan. Mari kita berikan sinar buat kehidupan kita tatkala pandemik Covid-19 masih melanda.