Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam 2023

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam adalah salah satu inisiatif MyDIGITAL di bawah Kluster Kerajaan untuk merealisasikan aspirasi 100 peratus penjawat awam mencapai tahap celik digital menjelang tahun 2025.

Aspirasi yang sama turut ternyata dalam Bidang Keutamaan A Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), di bawah Strategi A1 Mentransformasi Perkhidmatan Awam.

Justeru, penyertaan semua penjawat awam adalah wajib dan penilaian adalah secara atas talian menerusi Sistem Penilaian Celik Digital.

Begitu juga dengan semua warga KPM diwajibkan untuk melaksanakan penilaian ini sebelum 31 Ogos 2023 dan penilaian ini dikira sebagai 2 jam latihan dan boleh direkodkan dalam SPLKPM.

Isi Kandungan

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Celik digital merupakan keupayaan seseorang untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat melalui platform digital (Wikipedia). Secara khusus, ia adalah kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan komputer dan Internet dalam kehidupan seharian, dalam pekerjaan dan juga pembelajaran (Northstar Digital Literacy).

Celik digital di kalangan penjawat awam adalah keupayaan untuk capai (access) dan guna (use) platform digital dalam urusan pekerjaan seharian. Capai (access) ialah keupayaan atau kemahiran untuk mencapai (access) maklumat secara digital menggunakan peralatan ICT manakala guna (use) ialah keupayaan dan kemahiran untuk menggunakan maklumat dan teknologi digital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Celik digital di kalangan penjawat awam merupakan salah satu sasaran di bawah Teras 1, Strategi 3, Inisiatif 7 (Membangun Dan Meningkatkan Kemahiran Digital Penjawat Awam untuk Semua Gred dan Skim) dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Peringkat Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Program Celik Digital mempunyai dua (2) peringkat iaitu:

  • Membuat penilaian tahap kematangan celik digital penjawat awam terlebih dahulu melalui platform celik digital di pautan berikut:

>>>Penilaian Celik Digital Penjawat Awam<<<

  • Memastikan penjawat awam menghadiri kursus / latihan yang diperlukan. Sasaran yang telah ditetapkan ialah 100% penjawat awam celik digital pada tahun 2025. Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform celik digital hanya sekali. Cadangan kursus / latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Pelaksanaan Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Penilaian celik digital ini melibatkan 50 soalan yang perlu dijawab secara atas talian (online) dalam masa 2 jam. Sekiranya tuan / puan terpaksa berhenti disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan atau talian internet terputus, tuan / puan boleh log in semula dan sambung menjawab soalan seterusnya dengan baki masa yang ada.

Setiap penjawat awam perlu melaksanakan penilaian melalui platform celik digital hanya sekali. Cadangan kursus / latihan yang perlu dihadiri akan terus dimaklumkan kepada individu.

Antara elemen-elemen yang diuji adalah seperti berikut.

Keputusan Terperinci Ujian

Elemen

Markah

Tahap Celik Digital

Information and Data Literacy

90.00 %

Melepasi

Communication and Collaboration

90.91 %

Melepasi

Digital Content Creation

100.00 %

Melepasi

Safety

88.89 %

Melepasi

Problem Solving

100.00 %

Melepasi

Sekiranya melebihi masa dan skor rendah, anda dikira GAGAL. Bagi yang GAGAL, pihak BPSM, KPM akan memanggil anda untuk mengikuti kursus khas.

Untuk makluman, pelaksanaan ini adalah secara berfasa mengikut jadual yang diedarkan di bawah.

Semua penjawat awam Kementerian Pendidikan Malaysia WAJIB melaksanakan penilaian Celik Digital ini selewat-lewatnya sebelum 31 Ogos 2023. Manakala, bagi Kerajaan Negeri dan PBT, pelaksanaan akan bermula pada Januari – Jun 2024.

Penilaian Celik Digital Penjawat Awam

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penilaian Celik Digital Penjawat Awam ini, sila rujuk SOALAN LAZIM di pautan berikut

>>>Soalan Lazim Penilaian Celik Digital Penjawat Awam<<<

Diharapkan perkongsian tentang Penilaian Celik Digital Penjawat Awam ini bermanfaat untuk semua penjawat awam di luar sana!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More