Panduan Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Berpuasa

Kali ini admin ingin kongsikan pula sedikit panduan penjagaan kesihatan pergigian ketika berpuasa terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Isi Kandungan
Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Berpuasa
Adakah anda mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian pada bulan Ramadan?
Jangan jadikan amalan berpuasa satu halangan untuk menjaga kebersihan mulut anda!
Amalan berpuasa tidak terbatal ketika melakukan aktiviti rutin pembersihan mulut dan ketika anda menjalani pemeriksaan serta rawatan pergigian.
Selagi anda tidak menelan dengan sengaja apa-apa yang terkumpul di dalam mulut, puasa anda masih SAH.
Berikut adalah beberapa tip Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Berpuasa yang kita boleh amalkan, iaitu:
- Memberus gigi sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari selepas bersahur, selepas berbuka puasa, sebelum tidur pada waktu malam.
- Menggunakan flos pergigian selepas bersahur dan selepas berbuka puasa.
- Berkumur dengan ubat kumuran selepas bersahur.

Adakah Rawatan Pergigian Boleh Membatalkan Puasa?
Terdapat beberapa prosedur yang tidak membatalkan puasa seperti menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut daripada prosedur tersebut.
Rawatan-rawatan pergigian tersebut boleh dilakukan ketika berpuasa tetapi mestilah mengikut syarat-syarat berikut:
Suntikan Bius Setempat | Prosedur ini termasuk dalam kategori ubat suntikan yang tidak membatalkan puasa. |
Cabutan Gigi | Prosedur ini tidak membatalkan puasa tetapi selepas cabutan, jika ubat penahan sakit perlu diambil dengan ditelan dan ia akan membatalkan puasa anda. |
Tampalan & Penskaleran | Prosedur ini dapat dilakukan dengan syarat anda tidak menelan apa-apa bahan semasa proses tersebut sedang dijalankan. |
Ubat Kumur | Ubat kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak) boleh digunakan, jika tidak melibatkan proses menelan dan menggunakan secara tidak keterlaluan. |
Rawatan Pergigian Yang Tidak Membatalkan Puasa
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan sedang dijalankan.
Secara asasnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan meskipun seseorang itu berpuasa.
Walau bagaimanapun, pengamal pergigian juga harus mengambil langkah berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan sebarang bahan atau ubatan sepanjang prosedur rawatan dijalankan.
Rawatan pergigian yang disenaraikan pada infografik dibawah tidak membatalakan puasa.

Kebersihan dan kesihatan pergigian tetap harus dititikberatkan meskipun sedang berpuasa kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada iman.
Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita sama-sama dikurniakan kefahaman dalam agama dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
Ingat, jangan jadikan amalan berpuasa satu halangan untuk menjaga kebersihan mulut!
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Artikel Berkaitan: 8 Amalan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan