Penjaja Kecil Dibenar Beroperasi Mengikut SOP MKN
PUTRAJAYA – Penjaja kecil yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenar beroperasi berkuatkuasa serta-merta.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya berkata, golongan itu tidak memerlukan kelulusan CIMS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Sekiranya lokasi perniagaan melibatkan pergerakan merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dengan mengemukakan bukti permit penjaja oleh PBT berkenaan,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, kebenaran tersebut hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja.
“Ia bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu,” tambah kenyataan itu.
Semua penjaja kecil yang telah diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber Sinar Harian
Artikel lain : Cara Permohonan Moratorium Maybank PKP 3.0