Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penjara 10 tahun, denda RM70,000 jika sokong Israel

KUWAIT CITY – Kerajaan Kuwait  mengumumkan hukuman penjara 10 tahun dan denda 5,000  Dinar (RM68,598) terhadap mereka yang menyokong Israel secara terang-terangan termasuk  di media sosial, lapor MMNews.TV baru-baru ini.

Penasihat Bank Pelaburan, Usahawan dan Pasaran Modal yang terkenal di peringkat antarabangsa, Mir Mohammad Alikhan berkongsi berita mengenainya di media sosial minggu lalu.

“Kuwait mengumumkan undang-undang di mana sesiapa yang menyokong Israel secara nyata atau di  media sosial dari  Kuwait akan di penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak 5,000 dinar (RM70,000).

“Amaran itu mungkin kedengaran keras tetapi Tuan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (Pakistan), saya berpendapat anda juga perlu melakukan ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid telah menegaskan prinsip dan keteguhan negaranya dalam mendukung pilihan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.

“Perjuangan Palestin masih mempunyai kedudukan penting dalam sejarah dan dunia Arab serta Islam,” kata Sabah pada sesi ke-75 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pautan video.

Penjara 10 tahun, denda RM70,000 jika sokong Israel 1
penjara

Al-Sabah menekankan pentingnya usaha berterusan untuk melancarkan semula rundingan untuk mencapai perdamaian yang adil dan menyeluruh sesuai dengan Inisiatif Damai Arab.

Beliau menyeru Israel menamatkan pendudukannya di Genting Gaza  dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Sumber Kosmo

Artikel lain: Ancaman Israel Terhadap Malaysia6 Sebab Mengapa Briged Al Qassam Perlu Ditakuti Oleh Israel

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More