Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai penyasaran subsidi diesel yang telah bermula pada hari ini di seluruh Semenanjung Malaysia.

Isi Kandungan

Permohonan BUDI MADANI Tiada Tarikh Tutup

Permohonan Bantuan Subsidi Tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu yang berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata inisiatif Budi MADANI yang dilaksanakan sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

Seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan BUDI MADANI yang pertama bermula hari ini, 10 Jun 2024.

“Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup. Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan sama ada bagi BUDI Individu atau BUDI Agri-Komoditi untuk memohon bantuan ini. Semakan dan rayuan boleh juga dilakukan di laman web yang sama.”

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Individu yang memohon BUDI MADANI pada Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan tersebut dan seterusnya, manakala bagi mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan ini, akan layak menerima bantuan ini pada bulan seterusnya.

Ditanya sama ada bantuan RM200 menerusi inisiatif BUDI MADANI ini mencukupi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM), jumlah bantuan itu mampu menampung penggunaan diesel bagi individu.

“… dengan RM200 ia dapat tampung 80 peratus kegunaan individu berdasarkan data (kerana) diesel mileage lebih sedikit iaitu antara 75 hingga 100 kilometer sehari, itu cukup. Kalau ada isu atau rayuan atau apa mereka boleh buat dan kita kena lihat dari segi kemampuan dan permohonan itu.”

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi

  • Individu.
  • Petani Kecil dan Pekebun Kecil Komoditi.

MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei 2024 susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.00 tengah malam, 10 Jun 2024.

Penyasaran Subsidi Diesel

Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 12.00 tengah malam pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024 1
Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024 2

Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah.

Penyasaran subsidi diesel juga diperkenalkan dalam bentuk bantuan tunai melalui inisiatif berikut:

Bantuan tunai BUDI Individu sebanyak RM200 sebulan kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian untuk menampung perbelanjaan bahan api diesel yang meningkat.
Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi untuk mengurangkan kesan kepada punca pendapatan mereka.

Kerajaan menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak dan belum memohon untuk memohon BUDI MADANI pada pautan berikut:

>>>PERMOHONAN BUDI MADANI 2024<<<

Walau bagaimanapun, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.

Penetapan Harga Diesel Mengikut Sektor Di Semenanjung Malaysia

Melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor-sektor yang layak seperti berikut:

  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang mengunakan kaedah Fleet Card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM1.88 seliter.
  • Diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter.

Pemilik kenderaan logistik yang layak juga boleh memohon untuk mendapatkan Fleet Card di bawah SKDS 2.0 pada pautan berikut:

>>>PERMOHONAN FLEET CARD SKDS 2.0<<<

Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan Penyasaran Subsidi Diesel ini, sila rujuk SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN KERAJAAN LAKSANAKAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 10 JUN 2024.

Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024 4
Penyasaran Subsidi Diesel Di Seluruh Semenanjung Mulai 10 Jun 2024 5

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More