Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Penyata Gaji Online : e-Penyata Gaji, ANM Penyata Gaji Dan Laporan Penyata

e-Penyata Gaji Laporan atau Semakan Penyata Gaji merupakan satu kemudahan online yang diwujudkan secara percuma utk kakitangan awam. Kemudahan ini boleh diakses dengan mudah kerana ianya hanya memerlukan login di sistem e-penyata yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia menerusi Portal Rasmi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM).

Dengan kemudahan ini, kakitangan kerajaan boleh membuat semakan penyata gaji iaitu e-penyata atau slip gaji secara online sahaja. Di samping itu, jadual gaji bulanan juga akan dapat diakses dengan mudah diatas talian.

penyata gaji - e penyata gaji

Sistem laporan ini akan menyimpan e-penyata gaji bulanan hanya untuk 18 bulan sahaja, manakala untuk pendapatan tahunan dapat diakses untuk tempoh 7 tahun yang terakhir sahaja. Selepas sahaja cukup tempoh yang dinyatakan tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Oleh itu, kakitangan kerajaan disaran untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan pada masa hadapan termasuk berkaitan cukai pendapatan.

Isi Kandungan

Login & Semakan e-Penyata Gaji

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan penyata gaji online khas untuk penjawat awam:

  1. Sila login ke web rasmi iaitu https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
  2. Isikan nombor kad pengenalan atau passport anda.
  3. Masukkan kata laluan anda.
  4. Klik daftar masuk.

penyata gaji e penyata gaji

Anda juga boleh rujuk artikel ringkas kami berkenaan Login Semakan e-Penyata Gaji jika anda hanya ingin mengakses semakan penyata sahaja.

Cara Daftar Pengguna Baru e-Penyata Gaji

Seandainya anda pertama kali menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum anda diberi kebenaran untuk mengakses.

penyata gaji

PERKARA
WAJIB YANG HARUS DIISI SEMASA MENDAFTAR

No. Kad Pengenalan

No. Gaji

Kata laluan

Sahkan kembali kata laluan

Soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)

Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda ingat.)

Klik “OK”

Apa Kelebihan ANM Penyata Gaji?

Banyak kelebihan ANM gaji online ini, kerana ianya akan mempercepatkan urusan-urusan berkaitan maklumat penjawat awam antaranya:

  1. Permohonan pinjaman rumah (housing loan)
  2. Pinjaman kereta (car loan)
  3. Pinjaman peribadi (personal loan) i.e. contohnya dengan bank rakyat
  4. Proses semakan daripada masa ke semasa

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terlupa Kata Laluan?

Ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda terlupa kata laluan:

  1. Klik pada “Lupa Kata Laluan”
  2. Ikuti arahan seterusnya, isikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji anda
  3. Pilih “Soalan Keselamatan” dan masukkan jawapan yang betul untuk memperoleh “Kata Laluan Asal”
  4. Sekiranya anda lupa, klik “Reset Kata Laluan” dan “Kata Laluan Sementara” akan diberikan menerusi SMS/Emel yang telah didaftarkan.

Peringatan: Pastikan pendaftaran masuk yang anda lakukan adalah menggunakan “Kata Laluan Sementara” dalam tempoh tiga (3) hari, seterusnya sila tukar “Kata Laluan Sementara” dengan “Kata Laluan Baharu”.

Semakan Penyata Gaji Melalui Aplikasi ePayslip JANM

Selain semakan melalui website, Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau JANM juga ada menyediakan aplikasi di smartphone iaitu ePayslip JANM. Sistem ini lebih dikenali eSPGL yang mana menyediakan 4 fungsi ringkas yang sangat berguna kepada penjawat awam, antara fungsi-fungsi tersebut adalah:

  • Memuat turun penyata bulanan gaji serta penyata pendapatan tahunan
  • Menjana penyata bulanan gaji bagi tujuan pinjaman kewangan
  • Menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat
  • Mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja)

Nota : Untuk proses muat turun dokumen, pengguna disaran memuat turun perisian PDF Reader pada peranti mudah alih masing-masing.

Aplikasi mobile ini boleh dimuat turun di App Store dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di App Store dan juga Playstore melalui carian kuncinya “ePayslip JANM”. Kami sertakan link dibawah untuk memudahkan urusan anda memuat turun aplikasi tersebut.

Soalan-Soalan Lazim

Disini kami sertakan beberapa persoalan yang sering menjadi persoalan kakitangan awam berkenaan e-Penyata Gaji. Semoga ianya dapat membantu anda semua.

Bagaimana hendak mendapatkan no gaji?

  • No Gaji boleh diperoleh dengan menghubungi kakitangan atau pengawai di unit gaji di kawasan anda.

Bagaimana untuk mengakses sistem e-penyata gaji dan laporan melalui aplikasi smartphone?

  • Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda.
  • Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan:

  • NO. KAD PENGENALAN
  • NO. GAJI
  • NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN
  • NO. KOD PUSAT PEMBAYAR

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.

  • Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel [email protected]
  • Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan.
  • Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat [email protected] menggunakan emel rasmi/peribadi masing-masing.

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM : 00123456 (8 digit)
No.Gaji BARU : 80123456 (8 digit – Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM dan diGANTIkan dengan digit ‘8’)

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti:

  1. Jabatan Kewangan
  2. Jabatan Pelajaran
  3. Jabatan Perdana Menteri
  4. Kementerian Pendidikan
  5. Kementerian Kesihatan
  6. Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Apakah bank-bank yang terlibat dengan moratorium bermula 1 April hingga 30 September 2020?

Bagi penjawat awam, pelaksanaan moratorium bermula  gaji bulan April 2020  melibatkan bank-bank seperti berikut:

  1. Bank di bawah agensi potongan gaji ANGKASA iaitu MBSB, BSN, Agro Bank, Koperasi CBP* dan Bank Rakyat
  2. PTPTN
  3. MBSB
  4. BSN
  5. Bank di bawah agensi potongan gaji Coshare  iaitu Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance Bank
  6. Bank di bawah agensi potongan gaji  iDestinasi iaitu RHB Islamic

(*CBP : Koperasi CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD)

Bagaimana cara berhubung dengan JANM

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan/ sebarang masalah berkaitan semakan penyata gaji bulanan, sila hubungi JANM melalui email di [email protected] atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.

4 Tips Mudah Lulus Pinjaman

Ccris Yang Cantik

  • Antara salah satu kreteria yang bank lihat semasa permohonan pinjaman rumah ialah rekod CCRIS kita. Setiap kali bank proses permohonan pinjaman kita, mereka akan periksa sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System).
  • CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan menyediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir. Laporan ini termasuk;
    1. Pinjaman/ Pembiayaan rumah atau komersial
    2. Pinjaman sewa beli kereta
    3. Kad kredit
    4. Pinjaman peribadi atau lain-lain.
  • Kalau anda lambat bayar atau ada tunggakkan ansuran bulanan untuk setiap hutang yang dibuat, peluang permohonan pinjaman ditolak adalah tinggi. Pastikan rekod CCRIS anda hanya tertera nombor ‘0’ sahaja. Elakkan ada nombor selain daripada ‘0’.
  • Jangan terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman. Bayar awal sebelum tarikh akhir setiap bulan. Selain itu, periksa juga item No.2 iaitu Special Attention Account (SAA).
  • Jika ada apa-apa tersenarai di dalam ruangan SAA, pastikan anda selesaikan dan lampirkan sekali surat pelepasan semasa permohonan pinjaman di buat. Nak selamat, anda dapatkan laporan CCRIS secara online sebelum buat sebarang permohonan pinjaman rumah.

Baki Yang Mencukupi Dalam Akaun

  • Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sementara menunggu gaji bulan depan. Apa yang dimaksudkan dengan baki yang mencukupi? Contoh yang ringkas; katakanlah esok hari gaji, hari ini masih mempunyai baki belanja, RM100 ke, RM50 ke.
  • Janganlah lagi 15 hari nak gaji, baki duit ada lagi RM10. Ini kes dah habis korek dah nih. Kes tengah bulan dah kering. Sedih dan haru.
  • Bank pun takut nak lulus pinjaman bank anda. Kalau anda jenis yang siap-siap asingkan duit anda ke akaun yang lain, lampirkan buktinya iaitu penyata bank untuk akaun simpanan tersebut.

Simpanan Yang Mencukupi

  • Bank sangat suka kepada peminjam yang mempunyai pinjaman yang banyak. Bukan setakat bank boleh pinjam duit anda, malah bank berasa selamat jika ada apa-apa yang berlaku ke atas pendapatan anda, sekurang-kurang mempunyai bantuan kewangan lain.
  • Berapa yang cukup? Sekurang-kurangnya jumlah 6 bulan bayaran ansuran pinjaman yang anda mohon. Kalau bajet ansurannya RM1,000, maka anda perlu ada RM6,000 dalam simpanan.
  • Lagi bagus, anda ada 12 kali lebih banyak daripada ansuran bulanan. Kalau ada lebih, lagi terbaik. Kalau tak cukup simpanan, bagaimana pula anda nak bayar kos-kos lain jika pinjaman anda sudah diluluskan nanti?

Permarkahan Kredit Atau Credit Scoring Mesti Bagus

  • Bank akan menolak permohonan pinjaman jika Scoring anda rendah. Ada kemungkinan sebab peminjam ada banyak kad kredit dan telah menggunakan kad kredit tersebut sehingga 60% daripada had kredit. Dah lah guna sampai habis limit, bayar pun asyik minimum payment (5%) sahaja.

penyata gaji

Selain itu, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada score yang rendah, seperti;

  • Pajakan Ar-rahnu yang banyak
  • Peminjam mempunyai banyak pinjaman peribadi tertera dalam CCRIS, walaupun DBR masih rendah
  • Peminjam mengambil banyak meminjam dalam masa setahun; ambil pinjaman sewa beli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan pembiayaan rumah, walaupun bayaran ansuran bulanan yang cantik.
  • Peminjam sudah berumur lebih 40 tahun, masih bujang, dalam CCRIS hanya mempunyai satu hutang kad kredit sahaja dan sekarang dia nak buat pinjaman rumah.
  • dan sebenarnya banyak lagi.

Semoga informasi yang kami kongsikan berkaitan penyata gaji ini dapat membantu anda semua. Terutama bagi kakitangan awam yang sedang merancang untuk membuat pinjaman rumah atau kereta atau lain-lain, bercuti, perancangan kewangan, dan sebagainya. Disamping itu, jika anda ingin membuat semakan Penyata KWSP Online, anda boleh membuat semakan penyata caruman secara atas talian sahaja, maklumat lanjut boleh klik di pautan ini I-Akaun untuk mendapatkan lebih informasi.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More