Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir

Berikut dikongsikan info terkini mengenai isu Peperiksaan SPM 2024 yang perlu diteruskan walaupun dalam situasi banjir yang kini melanda hampir seluruh negeri di Malaysia.

Isi Kandungan

Persediaan Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir

Seramai 402,956 calon berdaftar akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 yang bermula 2 Disember sehingga 6 Februari 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat prihatin terhadap keadaan semasa situasi banjir yang kini melanda hampir seluruh negeri di Malaysia.

Keputusan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi Peperiksaan SPM 2024 yang bermula pada 2 Disember 2024 dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk keselamatan, kesejahteraan serta kesiapsiagaan Kementerian dan agensi berkaitan.

Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir 1
Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir 2
Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir 3
Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir 4
Persediaan KPM Untuk Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir 5

Bilakah Peperiksaan SPM 2024 Bermula Dan Berakhir?

Berikut adalah tarikh-tarikh ujian bermula dan berakhir, iaitu:

Ujian Bertutur Bahasa Melayu2 Disember 2024 – 5 Disember 2024
Ujian Amali Sains9 Disember 2024, 10 Disember 2024 & 12 Disember 2024
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris16 Disember 2024 -19 Disember 2024
Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris31 Disember 2024
Peperiksaan Bertulis2 Januari 2025 – 6 Februari 2025

Untuk dapatkan jadual Peperiksaan SPM 2024 yang lebih terperinci dan rasmi, boleh lihat DISINI.

Mengapakah Peperiksaan SPM 2024 Tetap Diteruskan Dalam Situasi Banjir?

Keputusan untuk meneruskan peperiksaan SPM diambil dengan mengambil kira pelan mitigasi dan kerjasama dengan agensi Kerajaan seperti NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat, ATM, PDRM dan APM.

Ia juga perlu mengambil kira ramalan Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) berkenaan situasi Monsun Timur Laut (MTL) yang mungkin berpanjangan sehingga Mac 2025.

Memastikan keselamatan dan kebajikan semua calon dalam situasi cuaca yang tidak menentu.

Penangguhan akan memberi implikasi lain seperti jadual peperiksaan yang lebih padat, keputusan keluar lambat dan menjejaskan proses permohonan untuk melanjutkan pengajian.

Adakah KPM Bersedia Melaksanakan Peperiksaan SPM 2024 Dalam Situasi Banjir?

KPM sedia melaksanakan peperiksaan SPM 2024 dalam situasi banjir berdasarkan kepada prosedur operasi standard Ops Payung.

KPM juga mempunyai pelan tindakan untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Pekeliling menghadapi MTL kepada warga KPM telah dikeluarkan pada 22 Oktober 2024.

Program Kesiapsiagaan menghadapi MTL telah dilancarkan pada 28 Oktober 2024.

Latihan dan simulasi rentas kementerian dan agensi juga telah dilaksanakan.

Bagaimanakah KPM Pastikan Calon Terjejas Tidak Tercicir?

Calon terjejas banjir sama ada telah atau sedang digerakkan ke asrama atau pusat peperiksaan alternatif. Ini untuk memastikan mereka selesa membuat persiapan dan dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Calon terjejas juga boleh menduduki peperiksaan dimana-mana pusat peperiksaan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dipertanggungjawabkan untuk memastikan tiada calon yang tercicir.

Calon persendirian yang terjejas diminta untuk menghubungi pihak JPN bagi mendapatkan bantuan.

Apakah Yang KPM Sediakan Di Asrama Untuk Calon Terjejas?

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Kemudahan asas yang lebih kondusif untuk calon terjejas membuat persiapan dan menjalani peperiksaan.
  • Keperluan tambahan disalurkan kepada semua asrama terlibat untuk penyediaan makanan dan keperluan lain.
  • Bahan pembelajaran termasuk buku dan akses makmal komputer untuk menggunakan pelantar DELIMa.
  • Alat tulis dan kelengkapan lain turut disediakan.
  • Calon boleh menggunakan pakaian yang bersesuaian ketika peperiksaan berlangsung.
  • Khidmat sokongan psikososial disediakan bagi memastikan kesejahteraan calon.

Pelajar Terkesan Banjir Diberi Kelonggaran Hadiri Ujian Bertutur SPM

Fadhlina Sidek berkata, pelajar yang tidak dapat menghadiri Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang telah berlangsung pada Isnin (2 Disember 2024) akibat banjir diberi kelonggaran untuk mengambil peperiksaan itu sehingga Khamis (5 Disember 2024) ini.

KPM memberi tumpuan kepada fasa pembugaran emosi untuk mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir.

Walau bagaimanapun, Ujian Bertutur Bahasa Melayu telah berjalan dengan lancar pada hari Isnin baru ini dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa pendidikan di negeri-negeri yang terjejas.

Langkah ini diberikan bagi memastikan kesemua calon yang terkesan tidak ketinggalan dalam menduduki peperiksaan penting berkenaan.

Tarikh Peperiksaan SPM 2024 Tidak Akan Ditangguh, KPM Yakin Mampu Urus

KPM berpandangan tiada keperluan untuk melewatkan tarikh Peperiksaan SPM 2024 susulan musim banjir di beberapa negeri pada hujung tahun disebabkan MTL ini.

Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata KPM mempunyai mekanisme untuk menangani isu banjir dan kesiapsiagaan menghadapi MTL ini.

Katanya, jadual peperiksaan telah disusun dengan sebaik-baiknya dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Justeru, jika penangguhan dibuat, ia akan menjejaskan proses-proses lain untuk para pelajar termasuk kemasukan ke peringkat universiti.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More