Perbezaan SMART TV dan ANDROID TV
Pada masa kini, televisyen (TV) di pasaran mempunyai pelbagai perisian yang disediakan. Terkini ia sudah dilengkapi dengan ciri perisian yang boleh disambungkan terus ke internet.
Selain TV Pintar (SMART TV), Android TV juga telah yang berada di pasaran tetapi apakah perbezaannya? Lihat ulasan berikut.
Isi Kandungan
SMART TV
Hari ini, hampir semua set televisyen terkini, dilengkapi dengan ciri TV Pintar. Peranti ini memerlukan sambungan internet untuk mengakses semua ciri yang ditawarkan. Sebilangan besarnya, ia mempunyai port Ethernet di belakang TV, namun terdapat juga beberapa jenis yang lebih canggih dapat mengakses Wi-Fi.
Smart TV mempunyai beberapa ciri seperti telefon pintar seperti kemampuan streaming YouTube dan membuka Netflix. Terdapat juga beberapa TV Pintar yang dapat membuka laman web, malah boleh bermain permainan.
Terdapat beberapa sistem operasi yang digunakan dalam TV Pintar. Contohnya seperti Samsung menggunakan Tizen OS dan Web OS digunakan oleh LG.
ANDROID TV
Google melancarkan Android TV pertama pada 25 Jun 2014 yang lalu, sebagai pengganti Google TV. Versi Android TV ini selari dengan platform Android pada telefon pintar. Sama seperti telefon pintar yang selalu mendapat kemas kini, Android TV juga akan mendapat kemas kini ke versi terbaru tetapi ia bergantung kepada jenama TV masing-masing.
Android TV sebenarnya tidak jauh berbeza dengan TV Pintar. Cuma Android TV dilengkapi dengan spesifikasi tinggi dan tentunya sistem operasi Android yang menjadikannya lebih canggih. Android TV hadir dalam bentuk set-top-box yang dapat dilekatkan pada televisyen. Terdapat juga yang telah built in di dalam televisyen.
Android TV dilengkapi dengan aplikasi untuk streaming perkhidmatan tv, permainan dan muzik. Di samping itu, Google telah bekerjasama dengan penyedia kandungan streaming terkemuka seperti Netflix, Spotify, Hulu dan lain-lain. Untuk kandungan, Android TV telah memberikan banyak pilihan aplikasi filem, rancangan TV, muzik dan permainan. Terdapat pakej yang percuma dan yang pakej berbayar.
Tidak seperti Smart TV biasa, Android TV seperti telefon pintar di mana terdapat Google Play Store. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi dan permainan di peranti TV.
Ciri lain ia membolehkan pengguna menggunakan ciri Input Suara Google. Fungsi ini adalah untuk menggunakan perintah suara melalui mikrofon yang terdapat di alat kawalan jauh TV Android. Android TV juga boleh disambungkan dengan GamePad menggunakan sambungan Bluetooth atau kabel USB.
Semoga dengan ulasan ini sedikit sebanyak dapat memudahkan anda untuk membuat pilihan televisyen yang mana sesuai dengan citarasa anda.