Official Perintah kawalan pergerakan – ‘Saya sendiri akan kebumikan anda’
Di Malaysia perintah kawalan pergerakan telah memasuki fasa yang kedua tetapi masih ramai yang ingkar. Masih lagi terdapat rakyat yang keluar tanpa tujuan penting.
Isi Kandungan
Apakah peranan Perintah kawalan pergerakan ini dilakukan?
Perintah ini dilaksanakan demi kebaikan bersama untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 ini dari terus merebak. Malaysia hanya perintah kawalan pergerakan tetapi sebaliknya di Filipina rakyatnya sudah di perintah berkurung. Namun ada juga rakyatnya yang ingkar sehingga presiden Filipina terpaksa mengambil tindakan yang amat tegas.
Perintah kawalan pergerakan – Isu di Negara Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran keras bahawa rakyat negara itu akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.
Berucap secara langsung di televisyen pada Rabu, Duterte juga berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini.
Tegas Duterte, rakyat perlu memberi kerjasama dengan mematuhi arahan duduk di rumah sebagai langkah untuk mengekang penularan wabak itu.
Pada masa sama, ia bagi memberi ruang kepada sistem kesihatan negara itu yang dilihat berhadapan cabaran besar untuk menampung jumlah pesakit yang tinggi, lapor Reuters.
“Ia semakin teruk. Jadi saya tekankan lagi sekali betapa serius masalah dihadapi negara ketika ini dan anda semua perlu mendengar.
“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.
“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan ‘kebumikan’ kamu,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas media tempatan melaporkan berlaku kekecohan dan penahanan dalam kalangan penduduk kawasan miskin di negara itu yang mempersoalkan bantuan bekalan makanan oleh kerajaan.
Dalam pada itu terdapat juga insiden diskriminasi terhadap pasukan perubatan di hospital yang didakwa diserang secara fizikal.
Apa kata Ketua Polis Negara Filifina?
Ketua Polis Negara Filipina pada Khamis, bagaimanapun, menafikan akan bertindak untuk menembak mereka yang ingkar dan beliau memahami ‘ugutan keras’ kerajaan itu hanya untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah dihadapi ketika ini.
Setakat 2 April, Filipina mencatatkan 2,311 kes jangkitan dengan 96 kematian selepas negara itu melaksanakan perintah berkuruang pada 14 Mac.
Apakah kesimpunan yang kita dapat?
Kesimpulannya, pihak kerajaan filipina terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap rakyatnya untuk memutuskan rantaian covid-19 ini dari terus merebak dan mengakibatkan banyak kematian. Tindakan itu demi untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan sekaligus rakyat dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk membendung wabak Covid-19 ini.