Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perkasa Peranan Wakaf Elemen Bangunkan Ekonomi Negara

Wakaf adalah satu bentuk ibadah secara serahan harta yang dimiliki oleh seseorang untuk kegunaan umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  Secara asasnya, waqaf dimaksudkan sebagai menahan sesuatu harta yang boleh diambil manfaat daripadanya dengan dikekalkan ‘ayn’ (Fizikal) harta itu dengan memutuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf dan hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

     Secara ringkasnya, harta yang diwaqafkan tidak lagi menjadi milik pewakaf tetapi ia tertahan atas hukum dan menjadi milik Allah SWT dan manfaatnya diagihkan untuk kebajikan sesuai dengan tujuan wakaf. 

Isi Kandungan

Objektif Tabung Waqaf:

 1)  Memberi kuasa kepada PTj untuk membuat perancangan dan menguruskan halatuju Waqaf mengikut garis panduan yang telah disediakan. 

2)  Membudayakan Wakaf setiap PTj agar penjanaan dapat ditingkatkan.

3)  Memperkasakan aktiviti penjanaan Wakaf yang lebih berfokus dan spesifik mengikut dasar penubuhan tabung.

4)  Merancang pelan jangka masa pendek yang lebih jelas dan bersistematik bagi memastikan halatuju dan perancangan dijalankan dengan lebih cekap dan efisen.

PUTRAJAYA: Kerajaan menyambut baik dua institusi yang merangka produk baharu dengan disinergikan elemen waqaf iaitu Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan dan Dana Waqaf Tunai kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Bank Rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia antara manifestasi penglibatan semua pihak sama ada masyarakat, agensi kerajaan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi memperkasakan peranan waqaf dalam usaha membangunkan ekonomi negara.

wakaf
PUTRAJAYA 26 JAN 2021- Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) secara persidangan video dari pejabat di bangunan Perdana Putra. GAMBAR: FB MUHYIDDIN YASSIN

 

Menurut Perdana Menteri, Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan ialah unit amanah yang dilancarkan hasil kerjasama Kenanga Investors Bhd. dan Yayasan Waqaf Malaysia dengan dana dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memberi peluang rakyat melabur dengan pengurus dana profesional sambil berwaqaf dan menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara.

Kata beliau, penyaluran aset waqaf hasil dari pulangan pelaburan akan meliputi projek-projek yang bersifat pendidikan, kesihatan, pemerkasaan ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Beliau memberitahu, Bank Rakyat pula menyumbangkan sebanyak RM1 juta dalam Dana Waqaf Tunai sebagai padanan geran dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia.

“Bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf individu ke platform disediakan Bank Rakyat, bank koperasi Islam terbesar Malaysia itu akan mewakafkan pada nilai sama kepada Dana Waqaf Tunai ini.

“Ini adalah revolusi wakaf hasil cetusan sinergi sektor korporat yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan waqaf di Malaysia,” katanya ketika berucap melancarkan Bulan Waqaf kebangsaan Tahun 2021 dianjurkan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji menerusi rancangan TV Al-Hijrah, hari ini.

Bulan Ramadan dijadikan sebagai Bulan Waqaf Kebangsaan bagi memastikan tumpuan khusus masyarakat dapat diberikan terhadap kehebatan waqaf.

Muhyiddin berkata, empat perkara utama digariskan bagi memastikan waqaf berperanan sebagai salah satu elemen penting dalam membantu pembangunan ekonomi negara tanpa menidakkan hakikat bahawa Majlis Agama Islam Negeri-negeri adalah pemegang amanah tunggal harta waqaf negeri-negeri.

Peranan Bulan Wakaf Kebangsaan

Berikut merupakan peranan yang dijadikan sebagai satu elemen penting dalam pembangunan ekonomi negara

  1. Meningkatkan tabungan dana waqaf bagi membolehkan banyak lagi aset waqaf diwujudkan.
    • Menggalakkan pegawai dan kakitangan di bawah tanggungjawabnya untuk berwaqaf tunai terutamanya secara berkala melalui potongan gaji sebagaimana pekeliling dikeluarkan.
  2. Pembangunan hartanah waqaf dalam penyediaan pelan pembangunan Rancangan Malaysia lima tahun negara
    • Penyertaan GLC, GLIC, badan korporat bersama-sama Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji, Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam negeri perlu mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama bagi mengoptimumkan penggunaan dan pembangunan aset-aset wakaf.
  3. Memperhebatkan lagi aktiviti pembudayaan dan sosialisasi wakaf ke arah mewujudkan masyarakat celik wakaf
    • Meningkatkan hubungan baik dengan majlis-majlis Agama Islam Negeri bagi memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji umat Islam menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan.
  4. Yayasan Waqaf Malaysia khususnya perlu diperkasakan
    • Contoh teladan pentadbiran wakaf yang terkehadapan di peringkat antarabangsa

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Tuntut Kupon Bayaran Balik LRT

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More