Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021
Isi Kandungan
Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ( MAINPP) 2021
Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP Bagi Tahun 2021 kini telah dibuka kepada anak negeri Pulau Pinang yang berkelayakan. Bantuan dermasiswa ini lebih dikenali sebagai Bantuan Dermasiswa E-Minhah dimana pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang uruskan.
Namun begitu, pada tahun ini Zakat Pulau Pinang akan menguruskan bantuan dermasiswa ini sepenuhnya dan ia dinamakan semula sebagai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang. Para pelajar boleh menerima bantuan dalam pelbagai jumlah, minimum RM2,500 hingga kadar maksimum RM20,000 bergantung pada tahap pengajian serta tempoh pengajian.
Tarikh Dermasiswa
Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021 akan dibuka pada 16 Mac 2021 bermula pukul 12.00 tengah malam dan ditutup pada 15 April 2021 tepat pada pukul 11.59 malam. Harap para pemohon dapat berbuat dengan kadar yang secepat mungkin.
Syarat Dermasiswa
Sebelum anda memohon, anda perlu mengikuti syarat – syarat yang ditentukan dibawah ini:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
- Tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Cara Dermasiswa
Dibawah telah diberikan langkah – langkah untuk anda memohon dengan baik:
- Daftar dan mohon di portal zakatpenang2u.com.
- Pilih menu Bantuan Zakat
- Kemudian tekan Permohonan Bantuan
- Seterusnya pilih menu Dermasiswa Pengajian
- Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Semak dan tekan butang Hantar setelah selesai melengkapkan borang permohonan.
Maklumat Tambahan
Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP:
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi pada saluran yang telah diberikan seperti berikut:
- Telefon: 04-549 8088 / 125/ 155
- E-mel: [email protected]
ATAU
Zakat Pulau Pinang
No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Artikel lain: Permohonan STAM KISAS F6, Promosi Tiket ETS KTMB