Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450 Hanya Untuk Sarawak
Permohonan bagi bantuan ibu bersalin telah dibuka. Mungkin ada yang tak perasan lagi pengumuman penting ini, ini berita gembira kalangan ibu bersalin di Malaysia pada tahun 2021 ini. Anda layak mendapat insentif berbentuk duit bantuan wang tunai secara one off kepada anda yang bersalin anak masing-masing pada tahun ini.
Insentif ini diberikan berdasar pengumuman dalam pembentangan Bajet Belanjawan bagi negeri masing-masing. Yang mana Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) akan diberikan tanggungjawab penuh untuk menguruskan pemberikan Bantuan Ibu Bersalin di Malaysia.
Isi Kandungan
Cara Memohon
Jika anda berminat untuk mohon bantuan ini, boleh semak cara permohonannya seperti di bawah ini:
Kami sekarang sedang kemaskini senarai bantuan bersalin di Malaysia bagi tahun 2021 melibatkan negeri Melaka, Selangor, Kuala Lumpur KL, Putrajaya, Labuan Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang Penang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.
Dan di bawah ini adalah contoh bantuan kepada ibu yang melahirkan anak yang telah berjaya disampaikan sebelum ini pada tahun lepas :
1.Permohonan Online
Anda boleh terus hantar permohonan melalui pautan ini, http://bit.do/bib2020
2.Permohonan Offline
- Boleh juga terus pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Pejabat Daerah atau pejabat KWKPK untuk dapatkan borang permohonan.
- Pastikan borang yang andaa perolehi dihantar dengan lengkap butiran yang diperlukan, berserta dengan sijil lahir bayi dan juga nota dicaj dari pihak hospital
Syarat Kelayakan
- Pastikan bayi yang anda lahirkan adalah pada tahun 2021 ini sahaja untuk claim bantuan ini
- Anda mestilah merupakan warganegara Malaysia
- Anda juga adalah merupakan pemegang kad pengenalan Sarawak ataupun anda sebagai isteri kepada pemegang Kad Pengenaalan Sarawak
- Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.
Carta Proses Permohonan Bantuan Ibu Bersalin
Maklumat Lanjut
Jika anda ada sebarang pertanya boleh hantar butiran soalan anda ke butiran seperti di bawah ini:
- Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak - Tel: 082-311340 / 082-311718
- E-mel: [email protected]