Permohonan Bantuan Sabah Pendaftaran IPT
Isi Kandungan
Pengenalan
Permohonan untuk bantuan terbaru telah dibuka kepada para pelajar lepasan Institut Pengajian Tinggi sama ada IPTA ataupun IPTS. Para Pelajar anak kelahiran Sabah boleh meminta Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) daripada pihak Menteri Tugas Khas – Khas Sabah.
Bantuan Tunai Pendaftaran IPT
Pelajar-pelajar anak Sabah yang menyambung pengajian di IPTA atau IPTS pada tahun 2021 akan diberikan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM2000 setiap orang.
Matlamat pemberian bantuan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak kelahiran Sabah untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi iaitu samada IPTA mahupun IPTS. Permohonan BUDI telah dibuka dari Mac 2021 sehingga 30 Oktober 2021.
Syarat Permohonan BUDI 2021
Pemohon perlu memenuhi setiap syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa seperti berikut:
- Permohonan BUDI hanya terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
- Pemohon mesti warganegera Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
- Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
- Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Pemohon yang telah mendapat tajaan Biasiswa atau Dermasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini.
Cara Permohonan BUDI
Pemohon boleh lakukan melalui 2 kaedah yang tersedia iaitu melalui secara dalam talian ataupun secara manual.
Bagi kaedah dalam talian, anda boleh turuti setiap langkah yang disediakan seperti berikut:
- Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
- Tekan butang ‘Permohonan.’
- Tekan butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat dengan lengkap dan tekan butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan menggunakan no. kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah daftarkan.
- Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.
- Kemudian sediakan dokumen sokongan untuk penghantaran.
Untuk permohonan secara manual, permohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
- Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,
Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu.
- Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Maklumat Tambahan
Dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Salinan Surat Beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga) (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa/penjaga (disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
- Salinan Slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).
- Salinan Slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA (disahkan benar oleh pihak pendidikan/sekolah atau Institusi yang berkenaan).
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaan.
- Salinan muka depan Penyata Akaun pemohon.
Artikel lain: Kursus Asuhan YAWAS, Permohonan UPU, Permohonan IPG