Permohonan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 MAINS
Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan bulanan serta terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan bantuan iaitu Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0.
Isi Kandungan
Syarat Permohonan Bantuan Zakat
Bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Permohon bermastautin di Negeri Sembilan.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Zakat
Untuk membuat permohonan bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan iaitu https://bit.ly/3p5UjBV.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:
- Kad pengenalan pemohon.
- Kad pengenalan pasangan (sekiranya berkahwin).
- Penyata akaun bank pemohon.
Soalan Lazim
Apakah tujuan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 ini diberikan?
Tujuan bantuan zakat ini diberikan adalah untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara.
Jika saya bermastutin di negeri Pahang, adakah saya boleh memohon bantuan zakat ini?
Tidak. Hanya mereka yang bermastautin di Negeri Sembilan sahaja layak untuk memohon bantuan zakat ini.
Saya tidak mempunyai akaun bank. Adakah saya masih boleh memohon bantuan zakat ini?
Ya namun pemohon perlu mempunyai akaun bank terlebih dahulu bagi memastikan penyaluran bantuan zakat ini dapat dilakukan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, sila hubungi pihak MAINS di talian 06-7620642.
Permohonan Lain:
- Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
- Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (28 Mei – 11 Jun 2021)