Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Global Korea

Isi Kandungan

Global Korea Scholarship

Biasiswa Korea Global adalah suatu pelan untuk memberi peluang kepada para pelajar antarabangsa untuk belajar di institusi pendidikan tinggi di Korea untuk memperoleh gelaran akademik. Juga akan meningkatkan pertukaran pendidikan antarabangsa dan mengeratkan persahabatan antara Korea dan negara-negara peserta. Anda perlu segera untuk membuat permohonan kerana kuota untuk pelajar Sarjana Muda hanya 3 sahaja!

permohonan

Kelayakan Permohonan

Pemohon mesti memenuhi semua syarat di bawah. Berikut adalah beberapa faktor kelayakan, anda harus membaca semua garis panduan dengan teliti:

  • Umur: mesti berumur di bawah 25 tahun mulai 1 Mac 2021. (lahir selepas 1 Mac 1996).
  • Mesti memiliki Diploma Sekolah Menengah pada 1hb Mac 2021, atau dijangka akan tamat sekolah menengah pada 1 Mac 2021.
  • Seseorang yang telah menamatkan sekolah menengah (termasuk sekolah antarabangsa) Di Korea atau memiliki ijazah sarjana muda tidak boleh mengikuti program ini.

Cara Permohonan Biasiswa

Berikut adalah langkah – langkah untuk permohonan yang dinyatakan oleh Duta Kerajaan Korea 2021

  • Satu dokumen asli (diletakkan di dalam sampul surat yang berasingan) dan 3 salinan tambahan.
  • Semua pemohon mesti mengemukakan kad pengenalan (anda dan juga ibubapa) atau surat beranak yang dikeluarkan oleh negara pemohon sebagai bukti kewarganegaraan
  • Dokumen yang ditulis dalam bahasa selain Korea atau Inggeris mesti disertakan terjemahan Korea atau Inggeris yang lengkap, disahkan oleh institusi atau disahkan oleh pihak berkuasa.
  • Sekiranya pemohon harus mengemukakan dokumen yang difotostat, pemohon HARUS mempunyai salinan yang telah disahkan dan kemudian menyerahkan salinan yang telah disahkan.

Tarikh Akhir Penghantaran: Jumaat 19 Mac 2021, jam 15:00 ke Kedutaan Besar Korea

Kedutaan Korea: No 9 & 11 Jalan Nipah Off Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur

Tarikh temu duga adalah pada 29 atau 30 Mac 2021. Hasil pemilihan pusingan pertama oleh Kedutaan adalah pada akhir bulan Mac dan awal bulan April 2021. Hasil Pengumuman pemilihan pusingan ke-2 oleh NIIED pula adalah pada bulan Mei 2021 dan pemilihan pusingan ke-3 oleh universiti masing-masing juga pada bulan Mei 2021.

Pengumuman keputusan akhir adalah pada bulan Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Anda boleh baca semula Garis Panduan Aplikasi dan Soalan Lazim yang dilampirkan dengan teliti, yang mengandungi maklumat lengkap dan terperinci mengenai prosedur pada pautan dibawah;

Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat yang relevan, sila rujuk kenalan di bawah

Artikel lain: Rangkaian 5G, Bantuan Tanam Semula Getah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More