Permohonan Biasiswa/Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu
Anak-anak Negeri Terengganu yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda kini boleh memohon Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu bagi tahun 2021.
Untuk makluman, Yayasan Terengganu telah ditubuhkan pada 1 Mei 1972 sebagai yayasan yang berperanan dalam usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri di Negeri Terengganu.
Untuk tahun 2021, Yayasan Terengganu telah membuka 2 biasiswa dan 1 pinjaman pelajaran iaitu:
- Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
- Biasiswa Program Profesional ACCA
- Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
Permohonan untuk biasiswa dan pinjaman pelajaran ini telah dibuka mulai 4 April dan akan ditutup pada 18 April 2021 secara atas talian.
Isi Kandungan
Syarat Umum
Syarat umum yang ditetapkan bagi biasiswa dan pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:
i) Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) Tahun 2021 & Biasiswa Program Profesional ACCA
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah atau B40.
ii) Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
- Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
- Ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi telah menetap selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon/ibu/bapa/penjaga mengundi di Terengganu.
- Mod pengajian adalah pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Keutamaan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:
i) Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
a) Program sarjana
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
- Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Pemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.
- Bagi pemohon yang dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
b) Program PhD
- Lulus Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan) atau CGPA 3.50 (Mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.
- Pengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.
- Pemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.
- Pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.
ii) Biasiswa Program Profesional ACCA
a) Lepasan Ijazah
- Lulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
- Berumur tidak lebih dari 28 tahun (sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa).
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 9 kertas dari pihak ACCA.
b) Lepasan Certified Accounting Tehnician (CAT)/Matrikulasi JPPro
- Pemohon mendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.
- Pemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
c) Lepasan Diploma Perakaunan
- Pemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
- Pemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.
- Telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.
iii) Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat
- Pemohon telah khatam hafazan Al-Qur’an 30 Juzuk.
- Pemohon telah mendapat tawaran dan mendaftar di WISE University.
- Pemohon memiliki Surat Tawaran/Sijil Sokongan Luar Negara (No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bidang & Institusi Pengajian
Biasiswa dan pinjaman ini ditawarkan untuk pelajar dalam bidang dan sedang menyambung pengajian di institusi pengajian berikut:
- Biasiswa Yayasan Terengganu Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD)
- Pelbagai
- IPTA dalam negara
- Biasiswa Program Profesional ACCA
- ACCA
- UiTM/Kolej INTEC, Shah Alam
- Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraa
- Al-Qur’an Wal Qiraat
- World Islamic Sciences & Education (WISE) University, Amman, Jordan.
Syarat Akademik
Syarat akademik hanya dikenakan kepada Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang Al-Qur’an Wal Qiraat sahaja iaitu:
- Lulus SPM dengan mendapat Gred A (A+ A dan –A) sekurang-kurangnya dalam 5 mata pelajaran sebagaimana berikut:
– Bahasa Melayu
– Bahasa Arab atau Turath Bahasa Arab
– Pendidikan Al Quran & Sunnah atau Turath Al-Quran Al-Sunnah atau Hift Quran/Maharat Al-Quran,Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Turath Dirasat Islamiah.
– Mana-mana satu mata pelajaran lain; atau - Lulus Peperiksaan STAM atau setaraf dengan memperolehi Peringkat Jayyid Jiddan / PNGK 3.00 dan ke atas; atau
- Lulus Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat/ Diploma Tahfiz Al-Quran & Bahasa Arab dengan memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan biasiswa dan pinjaman pelajaran tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Pilih biasiswa atau pinjaman pelajar yang diberikan.
- Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Terengganu di talian 09-6221733 atau email ke [email protected].
Artikel lain: Perkongsian interaktif, ilmiah sepanjang Ramadan