Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021 kini dibuka untuk permohonan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2021.

Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah diterima JPA sebelum atau pada 9 April ini sama ada secara serahan tangan atau pos.

BYDPA menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam untuk pengajian peringkat sarjana dan enam untuk pengajian di peringkat doktor falsafah di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Antara bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi borang secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my

biasiswa yang di-pertuan agong

Isi Kandungan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

Biasiswa YDPA ini layak dipohon oleh rakyat Malaysia berusia tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2021, dan memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan pencapaian akademik amat cemerlang, iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama, atau yang setaraf dengannya.

Selain itu, pemohon mestilah sudah mendapat tawaran pengajian atau memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

“Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

“Calon yang memenuhi syarat permohonan serta melepasi saringan lanjut JPA akan di senarai pendek untuk menghadiri temu duga,” katanya.

JPA memaklumkan, tiga kumpulan akan diberi keutamaan dalam pemilihan calon penerima BYDPA, iaitu yang mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan, menghasilkan kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya, serta mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 atau emel kepada [email protected].

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak informasi, isu-isu semasa serta bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa si layari https://t.me/tcerdotmy  Teruskan bersama kami.

Terima Kasih

Anda juga mungkin berminat :

Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang 2021

Promosi Diskaun Tiket ETS KTMB RM10

Semakan Rebat Bil Elektrik 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More