Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama Setahun
Permohonan Data Internet Selangor selama setahun ( 12 bulan ) akan dibuka pada rakyat Selangor yang layak. Berikut merupakan terma yang dikhususkan bagi bantuan ini:
- Selama 12 Bulan
- Golongan yang disasar
- 70,000 Rakyat Selangor yang Terpilih
Ini adalah sejajar dengan inisiatif daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang menawarkan kad sim dengan langganan internet percuma melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).
Isi Kandungan
Permohonan Data Internet Selangor (DIS)
Data Internet Selangor ( DIS ) dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor diketuai Dato Seri Amirudin Shari bersama penyedia perkhidmatan telekomunikasi ( TELCO ) bertujuan memberi bantuan kad sim
Golongan Sasaran dan Syarat – Syarat
Berikut merupakan golongan yang difokuskan untuk menerima bantuan data internet percuma yang diperuntukan selama 1 tahun pada 2021 ini:
- Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor
- Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor sahaja
- GRAB riders yang bermastautin di Selangor
- Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor
- Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor
- Ketua-ketua kampung bagan di Selangor
- Ketua-ketua komuniti India di Selangor
- Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor
- Golongan petani petani di Selangor
- Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor
- Komuniti Orang Asal di Selangor
- Peniaga di dalam talian di bawah program Selangor e-bazar
Permohonan Data Internet Selangor : Pakej yang Ditawarkan
Tarikh Penting
- Pendaftaran dibuka pada 15 Julai 2021
- Pendaftaran berakhir pada 15 September 2021
- Pemohon dijangka untuk menerima kad sim mulai 1 Oktober 2021
Cara Permohonan Data Internet Selangor
Golongan yang disasarkan dan layak boleh mengemukakan permohonan melalui dan sertakan butiran berikut
- Nama penuh seperti di dalam IC
- Nombor IC
- Alamat rumah (bukti bermastautin di Selangor)
- Nombor telefon untuk dihubungi
- TELCO pilihan ( Maxis, Umobile dan lain-lain )
Permohonan boleh memohon peruntukan data internet percuma ini dengan merujuk pada jadual berikut :
Segmen Sasaran | Cara Memohon |
---|---|
Pemohon-pemohon yang ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN | Hubungi senarai di wakil DUN |
Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor | Hubungi institusi-institusi berkenaan |
Ketua-ketua kampung, Setiausaha MPKK di Selangor | YB Tuan Borhan Bin Aman Shah Exco Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan |
Ketua-ketua kampung bagan di Selangor | YB Tuan Ng Tze Han Exco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan Awam |
Ketua-ketua komuniti India di Selangor | YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja & Kerajaan Prihatin |
Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor | YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal |
Golongan petani-petani di Selangor | YB Tuan Ir Izham Bin Hashim Exco Infrastruktur Dan Pertanian |
Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor | YB Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga |
Komuniti Orang Asal di Selangor | YB Tuan Hee Loy Sian Exco Pelancongan Dan Alam Sekitar |
GRAB riders yang bermastautin di Selangor sahaja | Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan |
Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor | Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan |
Permohonan Data Internet Selangor
- Permohonan dibuka : 15 Julai 2021
- Permohonan ditutup: 15 September 2021
- Pengguna terima Kad SIM DIS: Bermula 1 Oktober 2021
- Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor
- Terhad Kepada 70,000 Rakyat Selangor Sahaja
Diharapkan artikel ini dan video ini membantu anda untuk memohon pelan ini. Kita sebagai rakat khususnya rakyat Selangor perlu bersyukur kerana diberikan banyak bantuan daripada Dato Seri Aminudin Shaari. Dengan ini diharapkan supaya anda lebih kuat dalam menghadapi pandemik ini.
Maklumat Lanjut atau Persoalan
Sebarang pertanyaan atau keraguan boleh layari laman web portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau Facebook Platform Selangor
emelkan pertanyaan kepada [email protected]
atau layari https://dis.borangmbiselangor.com/
Skim internet Selangor M40, diskaun RM 30 sebulan: cara mohon dan syarat
Skim internet Selangor M40 diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato Seri’ Amirudin Shari hasil kerjasama dengan syarikat elektronik dan komunikasi tersohor di Malaysia Telekom Malaysia (TM). Pelan ini khusunya untuk golongan B40 untuk maklumat lanjut sila layari…Skim internet Selangor