Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Dermasiswa B40 Program Diploma DRB HICOM U

Permohonan bagi Dermasiswa B40 dalam program Diploma di DRB HICOM Universiti telah dibuka. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia menjadi universiti penuh pada bulan Oktober 2015 setelah namanya bertukar dari International College of Automotive (ICAM) pada bulan April 2010.

Beroperasi dari kampus seluas 42 ekar yang mempunyai kemudahan strategik yang terletak di Automotif DRB-HICOM Kompleks di Pekan, universiti ini kini menempatkan dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Fakulti Perniagaan & Pengurusan. Pada masa ini universiti ini menawarkan 25 program dari pengajian asas, diploma, ijazah dan pascasiswazah dengan memberi penekanan pada eko-sistem automotif.

permohonan

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan Permohonan Dermasiswa

  • Warganegara Malaysia.
  • Kriteria akademik:
  • Lulus SPM dengan 5 kredit dan ke atas
  • Tiada rekod tindakan tatatertib.
  • Kemahiran kepimpinan yang kuat, aktif dalam kurikulum tambahan,
  • aktiviti sosial dan sukarela.
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga sah adalah dalam kategori B40.

(Catatan: B40 bererti memenuhi syarat untuk menerima Bantuan Sara Hidup)

Hanya calon yang disenarai pendek yang akan dihubungi untuk proses pemilihan.

Nilai Anugerah:

Yuran pengajian penuh, yuran lain, yuran penginapan dan elaun bulanan.

Cara Membuat Permohonan Dermasiswa

Anda boleh memohon dermasiswa B40 ini secara dalam talian

  • Tekan pautan ini untuk pergi ke laman sesawang rasmi DRB HICOM Universiti. https://www.en.dhuautomotive.edu.my/scholarship/
  • Tekan Apply Scholarship,
  • Pilih Malaysian,
  • Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan tekan Next,
  • Masukkan maklumat diri anda dengan lengkap.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan maklumat lebih terperinci, sila hubungi pihak yang bertugas:

Alamat

  • DRB-HICOM Automotive Complex, Lot 1449, PT 2204, Peramu Jaya Industrial Area, 26607 Pekan, Pahang Darul Makmur, Malaysia

Social Media

Nombor Telefon

  • 09 4242400 / 019 2345194 (No. Whatsapp)

Artikel lain: Skim Bantuan Awal IPT Zakat Kedah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More