Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA 2020

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA : Permohonan Pergerakan Antara Negeri Melalui Aplikasi Dan Manual. Berita baik kepada anda yang terkandas di kampung halaman dan ingin pulang ke kediaman masing-masing. Adakah anda berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ingin pulang ke rumah atas urusan kerja dan sebagainya?

Sekiranya ya, berikut adalah perkongsian terkini berkaitan permohonan pergerakan antara negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia yang berada dalam kajian awal pihak berkuasa,  Ianya merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing.

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA
PERMOHONAN GERAK MALAYSIA

Ia dapat membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung. Selain itu, ia juga dapat menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon dan memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.

Aplikasi Gerak Malaysia Untuk Permohonan Pergerakan Antara Negeri

Kerajaan telah menerima banyak aduan berkaitan kerisauan rakyat Malaysia yang terperangkap di kampung halaman masing-masing dan tidak dapat pulang ke kota sejak pelaksanaan tempoh PKP. Oleh itu kerajaan sedang mengkaji perancangan untuk membenarkan kepulangan mereka. Untuk makluman, perkara ini masih dalam kajian awal.

PERMOHONAN GERAK MALAYSIA 2020 1
permohonan gerak malaysia

Dan menurut kenyataan Menteri Kanan (Senior Minister – Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika dilaksana sekalipun, ia akan bermula selepas 1 Mei 2020. Menurut beliau lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dirancang dan dikeluarkan. Ianya bagi
pergerakan pulang ke kediaman masing-masing setelah mendapat jumlah permohonan melalui aplikasi GerakMalaysia.

Maklumat Pendaftaran Permohonan Bergerak Antara Negeri

Bagi peringkat awal dan bermula 26 25 April 2020, jika anda berkeinginan untuk
pulang ke rumah masing-masing atau tempat kerja, orang ramai (pemohon) perlu
mendaftar:
1. Nama
2. Jumlah ahli keluarga yang turut sama dalam pergerakan
3. Lokasi atau tempat yang ditujui
4. Kampung atau kawasan asal sebelum pergerakan
5. Status zon yang didiami sama ada zon merah, hijau dan sebagainya

Permohonan pergerakan antara negeri boleh dipohon secara online melalui aplikasi
GerakMalaysia. Panduan muat turun/ download aplikasi boleh dirujuk di bawah ini.
Pemohon boleh mendaftar bermula hari Ahad, 26 April 2020.

Pemohon perlu mengemaskini permohonan mereka pada 29 April 2020 bagi mengesahkan destinasi perjalanan. Semakan status permohonan pergerakan boleh disemak pada 1 Mei di mana tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei 2020.

Bagi sesiapa yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya. Permohonan
pergerakan antara negeri boleh dibuat di balai polis/ ketua polis berhampiran (nearest
police station). Tetapi perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan
kesesakan di balai polis berlaku.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka juga perlu
mengemaskini permohonan pada 29 April bagi mengesahkan destinasi perjalanan.
“Pada 1 Mei semua pemohon boleh menyemak status yang dibuat dalam talian berkenaan, tempoh
pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei.

“Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Plus adalah diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R), surau ditutup dan tidak dibenarkan melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan R&R.

“Hanya fasiliti tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi selain pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali dengan penggunaan tandas awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Huzir berkata, stesen minyak juga akan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuhraya berkenaan.

“Individu yang dibenarkan melakukan pergerakan juga dilarang melakukan aktivit secara berkumpulan sepanjang tempoh kebenaran perjalanan. “Semua kebenaran adalah melalui aplikasi Gerak Malaysia namun bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi boleh membuat permohonan bertulis di mana-mana balai polis tetapi keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi berkenaan

SUMBER: Harian Metro

Muat Turun Aplikasi Gerak Malaysia App

Anda boleh memuat turun aplikasi mengikut sistem telefon pintar anda sama ada
Android atau ios pada pautan di bawah:

Google Playstore

Appstore

sumber : https://therohani.com/

Semoga perkongsian untuk permohonan pergerakan antara negeri melalui aplikasi dan manual dapat membantu anda yang terkesan. Bersama-sama kita berusaha menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam melawan penularan wabak COVID-19 ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More